Upacara perasmian bangunan pejabat presiden Senat Kemboja, yang dibina dengan bantuan kerajaan China, diadakan di Phnom Penh semalam.
Presiden Senat Kemboja, Say Chhum dan Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo serta kira-kira 500 orang pegawai kerajaan, wakil pelbagai kalangan masyarakat dan wakil syarikat China menghadiri upacara tersebut.
Xiong Bo dalam ucapan tahniahnya berkata, pertukaran lawatan antara parlimen merupakan bahagian yang penting dalam hubungan China-Kemboja. Gedung parlimen berkenaan menjadi satu lagi lambang keakraban hubungan antara kedua-dua negara.
Say Chhum bagi pihak parlimen, kerajaan dan rakyat Kemboja mengucapkan terima kasih atas bantuan China, sambil menambah bahawa Kemboja sentiasa melihat China sebagai sahabat, saudara, jiran dan rakan yang baik.