v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk China Menghayati Kehidupan yang Bahagia pada Waktu Lapang

2007-10-23 14:19:53 CRI

Pada lebih 20 tahun yang lalu, penduduk China sedaya upaya untuk mencari nafkah sebab kebanyakan mereka masih miskin sehingga kehidupan pada waktu lapang agak ringkas iaitu hanya membaca buku, dengar siaran radio dan main catur.

Seiring dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu di China, ekonomi berkembang pesat dan taraf hidup rakyat semakin meningkat. Dengan demikian, rakyat China dapat menikmati kehidupan yang bahagia.

Lu Tongzhou yang berumur 33 tahun bertugas di satu badan majalah. Beliau menggemari pelancongan sejak waktu kecil kerana ibu bapanya sering membawanya melancong dan mempelajari pengetahuan semasa perjalanan. Lu Tongzhou mempunyai pandangan sendiri terhadap perubahan konsep "pelancongan" dalam tempoh selama 20 tahun lalu.

Beliau berkata: "Pada masa dahulu, ekonomi China adalah mundur. Tiada lebuh raya sewaktu saya bersekolah. Kami tidak mampuan menaiki kapal terbang dan hanya membeli tiket duduk sahaja apabila menaiki kereta api disebabkan penjimatan wang. Setelah dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, kami tidak mengalami kesukaran lagi pada aspek lalu litas dan suka menikmati pelancongan yang istimewa."

Ramai warganegara China pernah mengalami perubahan pelancongan yang disebut oleh Lu Tongzhou tadi. Pada masa dahulu, pelancongan hanya bermaksud menikmati pemandangan alam. Pada masa sekarang, pelancongan sudah melibatkan lingkungan yang lebih luas. Mislanya, Lu Tongzhou menggemari aktiviti seperti mendaki gunung, merentasi desa atau padang pasir, memanjat gunung ais dan sebagainya.

Lu Tongzhou berkata: "Saya melakukan olahraga ekspedisi bermula pada tahun 2002. Saya sudah panjat lima buah gunung salji, antaranya tiga buah gunung setinggi 6,000 meter dari paras laut dan sebuah gunung setinggi 5,000 meter. Pada 9 Julai tahun ini, saya telah mendaki Puncak Mustag Ata-Konggur yang setinggi 7,546 meter yang juga disebut sebagai "Nombor Satu Gunung Ais". Mereka yang berkeupayaan mendaki gunung ais setinggi itu boleh ditetapkan sebagai atlek peringkat satu kebangsaan."

Pada empat tahun yang lalu, sewaktu melancong dengan berjalan kaki di kawasan pergunungan yang ekonominya mundur di Provinsi Sichuan, Lu Tongzhou telah mneyaksikan kemunduran di tempat itu dan turut melancarkan aktiviti menderma untuk sekolah rendah di kawasan gunung menerusi laman sesawang. Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan aktif dari pelbagai tempat di China. Akhirnya para peserta telah mengirim buku ke lebih 200 buah sekolah.

Selepas itu, Lu Tongzhou sering membawa penggemar pelancongan pergi ke kawasan mundur dan merangkaikan ekspedisi dengan aktiviti kebajikan. Mereka telah menganjurkan banyak kali aktiviti pendermaan kewangan kepada sekolah. Selain itu, Lu Tongzhou juga menyeru para penggemar pelancongan supaya melindungi alam sekitar semasa perjalanan.

1 2 3

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |