v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk China Menghayati Kehidupan yang Bahagia pada Waktu Lapang

2007-10-23 14:19:53 CRI

Ada orang yang menikmati kegemarannya pada waktu lapang manakala ada yang juga suka menyediakan perkhidmatan sukarela kepada masyarakat.

Li Yongfeng bertugas di jabatan kehakiman sebagai sukarelawan di Komuniti Lugu, Daerah Babaoshan, Bandar Beijing pada waktu lapangnya.

Pusat Perkhidmatan Sukarelawan Komuniti Lugu ditubuhkan pada Ogos 2004. Li Yongfeng yang berumur 37 tahun turut menganggotai pertubuhan tersebut selepas penubuhannya. Beliau dipilih sebagai Ketua Kumpulan Penyebaran Pembangunan Sistem Perundangan di komuniti itu.

Li Yongfeng berkata: "Pada bulan April tahun ini, kami telah menganjurkan beberapa aktiviti di sekolah untuk mempopularkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Beijing 2008. Selain itu, kami juga menerangkan kepada para pelajar berhubung pengetahuan keselamatan lalu lintas, pencegahan kebakaran dan perlindungan hak serta kepentingan sendiri yang syah."

Ketika mengenang kembali pengalaman sebagai sukarelawan selama tiga tahun, Li Yongfeng berasa amat bangga.

Beliau berkata: "Saya tidak bermain seperti orang lain pada waktu lapang. Saya suka bertugas sebagai sukarelawan pada waktu lapang yang juga mendatangkan kegembiraan kepada saya. China giat membangunkan sistem perundangan pada masa ini, kami harus membuat sumbangan dalam usaha tersebut."

---DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |