Wang Qiqi, gadis dari bahagian selatan China yang berumur 26 tahun bertugas di satu perusahaan milik negara yang besar. Beliau suka belajar dan mendaftar nama dalam satu kuliah bahasa Perancis yang dibuka pada hujung minggu. Beliau berpendapat bahawa ia sangat bermakna jika dapat belajar pada masa lapang.
Wang Qiqi berkata: "Sewaktu berbual-bual dengan teman sekolah di universiti , kawan-kawan atau teman sekerja, saya mendapati mereka juga mengambil bahagian dalam pelbagai kuliah. Setelah selesai kuliah bahasa Perancis itu, saya akan mendaftar nama dalam satu kuliah perbelanjawan kejuruteraan amatur. Orang muda mempunyai masa lapang yang agak banyak dan pelajaran pada masa lapang itu akan memanfaatkan kami seumur hidup."
Beliau berkata: "Saya mempelajari bahasa Perancis sebab kegemaran. Saya sentiasa berminat terhadap kebudayaan Perancis dan ingin menguasai lebih banyak pengetahuan dalam bidang itu melalui pelajaran bahasa Perancis. Pada masa dahulu, ramai orang mempelajari bahasa asing pada masa lapang, tujuannya mungkin adalah untuk melanjutkan pengajian di luar negara atau untuk menenuhi piawaian penilaian tugas jawatan. Pada masa sekarang, kami ingin belajar bukan disebabkan keperluan pekerjaan, tujuannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memenuhi kegemaran."
Pada masa sekarang, di China, terdapat ramai orang seperti Wang Qiqi telah mendaftar nama dalam pelbagai kuliah pada waktu lapang yang melibtkan bahasa asing, peralatan muzik, pengambilan gambar, tarian, Yoga, ikebana, seni teh dan sebagainya.
1 2 3
|