v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembinaan Rumah untuk Penduduk yang Tinggal di Kawasan Perumahan Pondok di Provinsi Jilin

2007-12-18 00:08:53 CRI

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Provinsi Jilin yang terletak di bahagian timur laut China telah membina rumah untuk penduduk yang tinggal di kawasan perumahn pondok. Para penduduk telah merasai kesayangan yang diberikan oleh kerajaan dan tidak berasa sejuk pada musim sejuk tahun ini. Pada masa dahulu, debu beterbangan di kawasan perumah pondok pada hari cerah dan para penduduk sering terpecik lumpur apabila turun hujan. Keadaan seumpama itu telah berlalu.

 

Perumahan pondok dibina dengan batu dan tanah secara sederhana sewaktu Republik Rakyat China baru ditubuhkan pada tahun 1949. Rumah yang dibina buat sementara waktunya untuk penduduk berpindah juga disebut perumahan pondok. Luas lantai di kawasan perumahan pondok di bandar Changchun, ibu kota Provinsi Jilin mencapai lebih 7 juta meter persegi.

Pada musim sejuk setiap tahun, penduduk kawasan perumahan pondok akan mengalami kesejukan.

Zhou Ruifan, penduduk Kawasan Perumahan Pondok Jalan Tuanshan Bandar Changchun berumur 51 tahun telah tinggal di tempat itu selama lebih 20 tahun. Anggota keluarganya berjumlah 5 orang dan rumahnya hanya dengan luas lantainya lebih 20 meter persegi.

Ketika menceritakan kesukaran dalam kehidupannya, Zhou Ruifan berkata: "Susah, memang susah! Saya selalu bimbang akan hujan. Rumah saya terendam dalam air dan hampir runtuh apabila turun hujan."

1 2 3

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |