Pergaduhan selalu berlaku antara jiran disebabkan kesempitan antara setiap rumah. Puan Wei Chunli, penduduk Kawasan Perumahan Pondok Jalan Tuanshan berasa kesal setelah paip air bawah tanah di rumahnya tersumbat. Beliau memberitahu wartawan CRI bahawa paip air bawah tanah di rumahnya selalu tersumbat apabila turun hujan dan air itu turut mengalir ke rumah jiran. Hubungan Wei Chunli dengan jirannya terjejas akibat hal itu dan beliau juga berasa gelisah.
Seiring dengan pembangunan urbanisasi, terdapat semakin banyak gedung dan apartemen telah dibina dengan tersergam. Ramai penduduk China telah berpindah ke rumah yang selesa dan luas. Memandangkan keadaan itu, penduduk kawasan perumahan pondok memang beriri hati. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, impian untuk beli apartemen memang sukar diwujudkan.
Kerajaan Provinsi Jilin sentiasa berusaha mengambil tindakan untuk membaiki kehidupan penduduk kawasan perumahan pondok. Pada penghujung tahun 2005, kerajaan Provinsi Jilin telah mengeluarkan "Cadangan Pembaharuan Kawasan Perumahan Pondok" yang mengemukakan matlamat bahawa dalam tempoh tiga tahun, pihaknya akan menyelesaikan perumahan pondok dengan luas lantainya 15 juta meter persegi dan menyediakan rumah apartemen kepada sebanyak lebih 300 ribu buah keluarga iaitu kira-kira sejuta orang penduduk perumahan pondok.
Pada awal tahun 2006, pembaharuan terhadap kawasan perumahan pondok telah dilaksanakan secara menyeluruh di bandar Changchun.
Wang Song, pengurus Projek Pembaharuan Kawasan Perumahan Pondok Jalan Tuanshan memberitahu wartawan CRI: "Kami mengambil berat terhadap pembinaan rumah untuk penduduk yang akan berpindah kembali. Kami terlebih dahulu meruntuhkan bangunan usang di kawasan itu dan menjamin pembinaan diselesaikan tepat pada waktunya. Dengan demikian, para penduduk akan yakin janji kerajaan dapat ditunaikan."
Setelah menunggu selama 14 bulan, Puan Wei Chunli akhirnya dapat menyaksikan rumah pondok lama digantikan dengan rumah baru.
1 2 3
|