v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembinaan Rumah untuk Penduduk yang Tinggal di Kawasan Perumahan Pondok di Provinsi Jilin

2007-12-18 00:08:53 CRI

Pembaharuan terhadap Kawasan Perumahan Pondok Jalan Tuanshan Changchun telah diselesaikan pada bulan November 2007. Puan Wei Chunli dan jirannya telah diberikan kunci rumah baru.

Beliau berkata: "Saat diberikan kunci rumah baru paling menggembirakan. Kawasan perumahan baru ini memang bagus, kami dapat menikmati pemandangan yang rumputnya hijau dan pokok serta bungganya cantik. Kami bertuah kerana dapat berpindah ke apartemen."

Rumah baru Puan Wei Chunli dengan luas lantainya mencapai lebih 60 meter persegi. Difahamkan bahawa untuk membaiki syarat kediaman rakyat pada asasnya, Jabatan Pembinaan kerajaan Bandar Changchun menetapkan peraturan bahawa luas lantainya minimum rumah dalam apartemen baru harus mencapai 49 meter persegi. Selain itu, rumah yang dengan luas lantainya 54 meter persegi dan 64 meter persegi juga disediakan.

Li Yongchun, penduduk kawasan Perumahan Pondok Jalan Changtong Bandar Changchun yakin akan jadual berpindah ke apartemen baru setelah menyaksikan Wei Chunli yang telah diberikan konci rumah baru. Pembaharuan terhadap perumahan pondok Changtong dilancarkan lambat berbanding perumahan pondok Tuanshan.

Li Yongchun berkata: "Kami akan berpindah ke apartemen baru yang dibina di tempat asal kami pada 30 Oktober 2008. Pada masa itu nanti, kami akan menikmati persekitaran yang selesa yang dihiaskan dengan tanaman yang hijau. Setelah menghiaskan rumah baru pada tahun depan, saya akan bersara dan menikmati kehidupan yang selesa."

Kebanyakan penduduk yang berpindah ke apartemen baru yang dibina di tempat asalnya berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kerajaan telah membina sejumlah rumah kommersial di kawasan peruamhan untuk disewa. Pendapatan yang diperoleh daripada wang sewa itu digunakan untuk membayar biaya pemeliharaan dan perkhidmatan peruamhan. Selain itu, pihaknya juga menyediakan pos kerja dalam syarikat pemeliharaan dan perkhidmatan peruamhan kepada sejumlah penduduk yang menganggur berpindah kembali.

Wang Guangtao, Menteri Pembinaan China ketika memberi kunci rumah kepada para penduduk Kawasan Peruamhan Changxin Bandar Changchun telah berkata: "Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap penduduk yang berpendapatan rendah melainkan penduduk yang kaya dalam usaha menyelesaikan masalah perumahan. Kami harus membantu penduduk miskin menyelesaikan masalah perumahan. Ini mencerminkan keadilan sosial."

Dimaklumkan bahawa cadangan pembaharuan kawasan perumahan pondok Provinsi Jilin yang dijadualkan akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun telah diselesaikan tahun ini sebelum jadualnya. Kerajaan Provinsi Jilin telah memutuskan bahawa pada tahun 2008, pihaknya akan giat membina perumahan sewa yang murah dan melaksanakan projek pembaharuan terhadap pondok tanah di kawasan desa.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |