Terdapat sejenis buah limau besar yang disebut "Huyou" di Kaunti Changshan, Provinsi Zhejiang di bahagian timur China. Penanaman Huyou sudah bersejarah selama seratus tahun, ia sebenarnya adalah sejenis limau besar kacukan. Huyou yang dihasilkan di Kaunti Changshan iaitu tempat asal Huyou pernah buat empat kali memperoleh hadiah "Hasil Tani Unggul" dalam Ekspo Pertanian China.
Penanaman Huyou telah mendatangkan keuntungan kepada kaum tani di Kaunti Changshan. Yu Jinfu, petani Kampung Tangdi, Pekan Huibu, Kaunti Changshan telah menjadi kaya melalui penanaman Huyou. Akan tetapi, Huyou yang ditanam oleh Yu Jinfu mengidap sejenis penyakit yang aneh pada tahun lalu dan beliau berasa amat kesal.
Beliau berkata: "Pada tahun lalu, Huyou yang saya tanam telah mengidap sejenis Penyakit Berbelak Kuning yang agak teruk dan saya turut mengalami kerugian yang besar."
1 2 3
|