Pada tahun 2007, Huyou yang ditanam di Kampung Tangdi bertumbuh dengan baik dan tidak dilanda oleh Penyakit Berbelak Kuning secara besar-besaran.
Yu Jinfu berpendapat bahawa "Hari Komunikasi dengan Penduduk" merupakan saluran yang menyelamatkan Huyou yang ditanamnya.
Seramai puluhan orang penduduk Kampung Tangdi dan pegawai jawatankuasa penduduk berkumpul untuk berbual-bual dan minum teh. Mereka mengutarakan pandangan masing-masing terhadap pelbagai hal yang berlaku di Kampung Tangdi pada tempoh selama sebulan yang lalu. Ramai penduduk kampung giat mengemukakan kepada pegawai jawatankuasa penduduk masalah yang wujud di kampung itu atau masalah perseorangan yang perlu diselesaikan.
Masalah-masalha tersebut melibatkan pembinaan jalan, pemasangan lampu, pengambilan wang pinjaman, pemberian ganti rugi, perubatan, pembinaan jambatan, pencegahan banjir, pergaduhan penduduk dan lain-lain. Jawatankuasa penduduk mengambil berat terhadap semua masalah tersebut dan berusaha mencari kaedah penyelesaian.
Yu Jinfu, penanam Huyou mengemukakan satu tuntutan dalam sidang yang diadakan pada "Hari Komunikasi dengan Penduduk".
"Huyou telah selesai dipetik pada masa sekarang. Saya berharap agar pakar Biro Pertanian diundang ke sini untuk mengajar kami di kebun sewaktu musim sejuk supaya kualiti buah itu dapat ditingkatkan pada tahun depan."
Sewaktu memperkatakan faedah yang dibawa oleh "Hari Komunikasi dengan Penduduk", Yu Jinfu memberitahu wartawan CRI bahawa bukan sahaja dia sendiri, tetapi juga semua penanam Huyou di kampung itu mendapat faedah daripada pencegahan penyakit yang melanda Huyou.
Beliau berkata: " 'Hari Komunikasi dengan Penduduk' menyediakan satu peluang kepada kaum tani untuk meningkatkan pengetahuan. Jika saya mencari pakar biro pertanian, hanya berfaedah bagi saya sendiri sahaja. Sekarang saya mengemukakan keadaan tiu kepada jawatankuasa penduduk, mereka akan mengundang pakar biro pertanian dan mengajar kami teknik yang berkaitan di pangkalan tanaman."
Chen Jinming, pegawai Jawatankuasa Penduduk Kampung Tangdi berkata: "Para penduduk selalu sukar berjumpa dengan pegawai jawatankuasa penduduk sebelum penubuhan 'Hari Komunikasi dengan Penduduk'. Mereka selalu gagal berjumpa dengan kami selama beberapa hari. Pada masa ini, kami telah menetapkan tarikh 10 setiap bulan sebagai 'Hari Komunikasi dengan Penduduk' yang dapat menyediakan peluang bagi kami berkomunikasi. Para penduduk dapat mengemukakan tuntutan mereka dan mengutarakan kesukaran mereka."
Setakat ini, seramai kira-kira 180 ribu orang penduduk telah menyertai aktiviti "Hari Komunikasi dengan Penduduk" di Kaunti Changshan dan mengemukakan sebanyak hampir 20 ribu buah masalah. Terdapat lebih 90% masalah itu telah diselesaikan. Selain itu, "Hari Komunikasi dengan Penduduk" juga akan dilaksanakan di pelbagai jabatan pentadbiran, perusahaan, sekolah dan sebagainya.
----DAZHONG 1 2 3
|