Huyou yang mengidap Penyakit Berbelak Kuning secara besar-besaran akan menyusut kulitnya dan warnanya juga berubah sehingga menjejaskan rasanya. Huyou seumpama itu sukar dijual dengan harga yang lumayan.
Yu Jinfu telah menanam Huyou di ladang yang seluas hampir 2 hektar dan dianggap sebagai penanam utama di Kampung Tangdi. Sewaktu Penyakit Berbelak Kuning melanda Huyou yang ditanam di Kampung Tangdi pada tahun lalu, Yu Jinfu mengalami kerugian yang paling besar, penuaian Huyou yang ditanamnya berkurangan 1/3 dan harga penjualan juga lebih murah daripada masa dahulu.
Huyou kena sakit menjadi sekali bencana bagi Yu Jinfu dan penanam yang lain di kampungnya. Menanam terus tahun depan atau tidak? Mereka sukar membuat keputusan.
Yu Jinfu berkata bahawa mereka mempunyai satu saluran untuk mencari bantuan.
Beliau berkata: "Saya memberitahu pegawai jawatankuasa penduduk kampung kami tentang hal itu pada 'Hari Komunikasi dengan Penduduk'. Pada setengah tahun pertama tahun ini, pegawai kampung kami mengundang pakar ke pangkalan tanaman saya dan pakar itu mengajar kami mengubati Huyou yang kena sakit. Setelah menguasai cara pengubatan daripada pakar, kami berjaya mengawal Huyou daripada mengidap Penyakit Berbelak Kuning tahun ini."
Seperti yang dikatakan oleh Yu Jinfu, pada "Hari Komunikasi dengan Penduduk" yang diadakan pada setiap bulan di Kampung Tangdi, beliau telah mencerminkan kesukaran penanam Huyou yang diakibatkan oleh Penyakit Berbelak Kuning. Selepas itu, jabatan berkenaan kerajaan Kaunti Changshan turut menghantar pakar ke Kampung Tangdi tepat pada waktunya untuk menyediakan teknologi kepada para penanam Huyou. Dengan demikian, Yu Jinfu dan penanam Huyou yang lain dapat mengurangkan kerugian mereka dengan minimum. Selain itu, mereka juga telah menguasai teknik untuk mencegah Penyakit Berbelak Kuning.
1 2 3
|