v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pegawai Kerajaan Melaka: Lawatan Delegasi BFSU ke Malaysia Tingkatkan Hubungan Persahabatan Malaysia-China
2007-08-27 21:14:41 CRI

Menurut berita CRI, pegawai kerajaan Melaka menyatakan bahawa lawatan delegasi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) ke Malaysia akan meningkatkan hubungan persahabatan Malaysia-China.

Delegasi Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing telah memulakan lawatan ke Melaka hari ini.
Delegasi yang terdiri daripada 48 orang pelajar dan 4 orang pensyarah itu telah melawat ke tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti Bukit China, A Formosa, bangunan Stadhuys dan lain-lain.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Yaakub bin Md. Amin yang menerima kunjungan delegasi BFSU bagi pihak kerajaan negeri Melaka menyatakan bahawa hubungan persahabatan antara Melaka dengan China sudah wujud lama, lawatan BFSU kali ini menyediakan peluang kepada generasi muda dapat melihat tempat sejarah dengan mata sendiri supaya hubungan persahabatan antara Melaka dengan China atau Malaysia dengan China dapat ditingkatkan lagi.

Semalam, para pensyarah dan pelajar dari Beijing telah melawat ke negeri Sembilan dan juga mendapat sambutan meriah daripada pihak tempatan. Para pelajar telah melawat ke Teratak Za'ba dan Kampung Homestay Pelegong untuk mendekati kehidupan masyarakat tempatan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
Lawatan BFSU
v Sekolah Bahasa Antarabangsa Kerjasama China-Malaysia akan Ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia 2007-08-24 18:37:13
v Menteri Pelajaran Malaysia: Pertukaran dan Interaksi antara Generasi Muda Malaysia-China akan Diperluas Lagi 2007-08-24 15:32:31
v Delegasi Mahasiswa China Memulakan Lawatan ke Malaysia 2007-08-23 15:10:16
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |