v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kampung Nagu, Etnik Buyi yang Mengembangkan Industri Pelancongan
2008-05-12 15:43:17 CRI

Nagu ialah satu kampung yang agak terpencil di Provinsi Guizhou. Kawasan itu didiami oleh penduduk etnik Buyi, salah satu entik minoriti di China. Juga disebabkan kampung itu dikelilingi oleh gunung-ganang, kampung itu tidak pernah "ganggu" oleh masyarakat moden. Hampir semua penduduk kampung itu terdiri daripada etnik Buyi. Mereka mengekalkan tradisi dan cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Sekiranya saudara cukup bertuah untuk melawat kampung itu, saudara pasti akan teruja melihatnya.

Dalam program yang hanya selama 10 minit ini, saya akan membawa saudara mengunjungi kampung itu dan berharap saudara dapat merasai keunikan tempat itu.

Yang saudara pendengar dengar tadi ialah nyanyian penduduk etnik Buyi untuk menyambut tetamu. Pemuda Buyi akan berkumpul di pintu utama kampung mereka sambil membawa arak yang dibuat oleh mereka sendiri. Mereka akan melayan tetamu minum arak tempatan itu dengan menyanyi lagu untuk memujuk tetamu meminumnya. Lagu mereka dinyanyikan dalam dialek mereka sendiri. Walaupun kita tidak faham ertinya, akan tetapi kita dapat merasai kemesraan mereka.

Baiklah. Saya juga dianggap sebagai tetamu dan dijamu dengan arak oleh seorang gadis yang menyanyi dengan senyuman. Arak itu manis sedikit, rasanya tidak begitu kuat. Saya bukan seorang yang pandai minum arak, tetapi dengan mencecah sikit araknya di bibir, barulah diberi masuk ke kampung.

Pemandu pelancong memberitahu kami bahawa penduduk etnik Buyi di kampung ini mempunyai sejarah lebih 600 tahun. Tradisi dan adat resam etnik Buyi dipelihara dengan baik di kampung ini. Memanglah, pemandangan di kampung ini cukup menarik dan berbeza daripada tempat-tempat yang lain. Etnik ini mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Pakaian wanitanya, kebanyakannya berwarna biru atau hitam dan kepala mereka dililit dengan kain.

Penduduk tempatan bercucuk tanam di ladang mereka dari generasi ke generasi. Hidup mereka btergantung pada industri pertanian dan penternakan. Mereka hidup dengan aman dan gembira. Walaupun keadaan ekonomi kawasan ini kurang maju, tetapi penduduk tempatan cukup ceria dan gembira. Nanyian dan tarian menjadi salah satu bahagian yang penting dalam hidup mereka. Penduduk di sini, dari yang tua, hingga ke budak kecil, semuanya pandai menyanyi dan menari. Sifat mereka terbuka dan ikhlas. Ini mungkin disebabkan oleh kawasan mereka yang terpencil yang belum diganggu oleh masyarakat moden. Kawasan ini pun digelar sebagai "kawasan terakhir bagi manusia yang penat dalam masyarakat moden"

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |