.
Dengan perkembangan moden, komunikasi dan lalu lintas menjadi begitu mudah, dan ini mengakibatkan kampung Nagu dikenali oleh dunia luar. Penduduk Etnik Buyi pun sudah mula dipengaruhi oleh ciri-ciri masyarakat moden. Sesetengah penduduk tempatan mula bekerja di luar kampung. Maka, konsep baru pun mula diterima oleh penduduk di sana. Penduduk tempatan menyedari bahawa adat resam dan tradisi yang istimewa mereka merupakan warisan budaya yang berharga kerana budaya itu adalah unik dan cukup menarik bagi orang moden. Maka, sesetengah mereka yang pandai berniaga memutuskan untuk mengembangkan industri pelancongan ke kampung mereka berdasarkan adat resam dan tradisi etnik Buyi yang istimewa itu.
Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah upacara perkahwinan penduduk etnik Buyi. Etnik ini mempunyai adapt istiadatnya yang tersendiri tentang upacara itu. Walaupun upacara ini diadkan secara "ook-olok" bukanlah betul, tetapi tetamu akan mengetahui adat resam dan tradisi mereka melalui pemerhatian, malah lebih baik jika menyertai upacara itu.
Puan Atiah binti Mohd Salleh ialah salah seorang tetamu dari Malaysia yang mengunjungi kampung ini buat pertama kali. Beliau terpilih dan diundang untuk menyertai upacara perkahwinan tradisi etnik Buyi ini sebagai pengapit pengantin. Menurut tradisi mereka, pengapit pengantin juga akan dibawa naik tandu seperti pengantin perempuan, dan tandu itu akan diusung oleh empat orang lelaki dibelakang tandu pengantin perempuan itu. Puan Atiah memakai pakaian tradisional etnik Buyi dan menyertai seluruh upacara itu. Semasa ditanya tentang perasaannya terhadap pengalaman ini, beliau berkata:
" Amat teruja. Ini satu upacara yang belum pernah saya hadiri, dan mingkin tidak akan saya lihat lagi, di mana-mana pun. Di Malaysia pun tidak pernah saya lihat orang China berkahwin dengan cara ini. Sekarang semuanya berlangsung dengan cara moden. Pengalaman ini cukup menarik dan saya rasa terharu."
Semasa mengundang tetamu menyertai pelbagai aktiviti tradisional mereka, pemandu pelancong tempatan juga akan menerangkan budaya mereka kepada tetamu. Zhao Xiajie ialah pemandu pelancong etnik Buyi. Dia memberitahu tetamu tentang adat resam perkhawinan penduduk di sini. Beliau berkata:
"Pada hari pesta etnik Buyi, iaitu 3 Mac atau 6 Jun menurut kalendar China, penduduk tempatan akan berkumpul di dataran awam dan menyanyi bersama-sama. Pemuda yang belum berkahwin boleh mengambil peluang ini untuk mencari jodoh dengan memikat gadis yang berkenan dihatinya. Selepas kedua-dua pihak berpuas hati dan bersedia untuk meneruskan hubungan secara lebih rapat, mereka akan meninggalkan orang lain dan berinteraksi berdua-dua."
1 2 3
|