Selepas menonton dan menyertai seluruh proses upacara perkahwinan itu dan mendengar penerangan daripada pemandu pelancong, tetamu telah mendapat pengetahuan yang agak mendalam juga tentang adat resam perkhahwinan etnik Buyi. Mereka menganggap pengalaman ini sungguh istimewa kerana upacara yang unik ini tidak pernah mereka alami di tempat lain.
Selain daripada upacara perkahwinan, kegiatan hidup seharian etnik Buyi yang lain juga ditunjuk kepada tetamu dengan cara tersebut.
Naib ketua kampung Nagu, encik Leng Jinhua memberitahu wartawan bahawa kampung Nagu ini mula mengembangkan industri pelancongannya pada tahun 2002. Pemandangan kampung itu amat indah kerana ia dilintasi oleh sungai. Selain itu, kampung ini mempunyai sejarah selama 600 tahun dan hampir semua penduduknya adalah etnik Buyi. Ini merupakan sumber untuk industri pelancongan. Pengembangan industri pelancongan kini telah meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk tempatan. Sekarang, ada antara penduduk tempatan ini yang sudah mempu menguruskan hotel sendiri. Beliau berkata:
"Sekarang terdapat 12 keluarga di kampung ini membuka rumah mereka kepada tetamu supaya dikunjungi,dan 6 buah keluarga telah mengurusksan hotel sendiri. 40% penduduk di kampung ini sekarang menyertai industri pelancongan."
Pengembangan industri itu bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan, tetapi juga melindungi dan menyebarkan budaya etnik Buyi yang istimewa.
Naib ketua kampung Nagu, encik Leng Jinhua berpendapat bahawa perlindungan budaya etnik Buyi amat penting. Kata beliau:
"Kebudyaan etnik Buyi juga merupakan salah satu bahagian daripada budaya China. Budaya asli yang istimewa ini patut dilindungi dengan baik dan disebarkan. Ini merupakan tanggungjawab kita."
1 2 3
|