v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Imej Guizhou yang Berwarna-warni
2008-05-19 17:52:25 Agensi Berita Xinhua China

Provinsi Guizhou terletak di bahagian barat daya China dengan jumlah penduduk 39 juta orang. Penduduk Guizhou terdiri daripada 49 etnik dan 17 antaranya ialah etnik minority. Gunung-ganang memenuhi93% kawasannya, dan ini menjadikan kebanyakan tempat di provinsi ini agak terasing daripada masyarakat moden. Disebabkan kedua-dua unsur tersebut, penduduk tempatan di sini masih dapat mengekalkan adat resam dan tradisi masing-masing dan menjadikan tempat ini agak misteri.

Tahun ini CRI bertuah kerana dapat mengadakan program lawatan kerja bagi pakar-pakar asingnya ke sebuah provinsi yang cukup kaya dengan budaya etnik dan memiliki pemandangan alam semula jadi yang begitu indah. Lawatan kali ini merupakan satu bahagian daripada aktiviti: "Guizhou yang berwarna-warni" yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Provinsi Guizhou.

Puan Atiah Mohd. Salleh ialah seorang daripada 8 orang pakar asing yang mengunjungi provinsi ini. Dalam program ini, saya akan memperkenalkan sedikit sebanyak tentang perkara-perkara yang menarik dalam lawatan ini, dan mengajak anda bersam-sama berkongi pengalaman dengan beliau tengtang Guizhou yang berwarna-warni itu.

Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh gadis-gadis etnik Dong untuk menyambut tetamu. Ini merupakan adapt resam yang istimewa bagi penduduk tempatan di sini. Walaupun terdapat pelbagai etnik di provinsi Guizhou, dan setiap etnik mempunyai adat resam yang berbeza, tetapi mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka semua suka dan pandai menyanyi. Mereka suka menyambut tetamu dengan lagu mereka. Dalam lawatan kali ini, rombongan kami mengunjungi tiga etnik minority utama, iaitu etnik Dong, etnik Miao dan etnik Buyi. Penduduk di sini menyambut tetamu dengan cara mereka masing-masing, termasuk memujuk tetamu minum arak tempatan, menjemput tetamu menari bersama-sama dan lain-lain. Sambutan pelbagai etnik terhadap tetamu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Pn. Atiah. Beliau berpendapat bahawa cara penduduk tempatan untuk menyambut orang datang cukup menarik. Beliau berkata:

"Yang paling menarik ialah sambutan mereka terhadap kedatangan kita. Mereka menyambut kita dengan cara yang begitu istimewa seperti pengantin; seperti orang jauh, ada sambutan dengan rombongan yang membawa hantaran orang kahwin. Kita dibawa masuk ke dalam satu suasana yang cukup baik dan menarik."

Hampir semua sambutan tersebut dilakukan dengan nyanyian dan tarian mereka. Ini juga adalah ciri-ciri yang istimewa. Puan Atiah berkata:

"Mereka hidup dengan menyanyi dan menari. Tentulah tarian mereka sungguh menarik dengan pakaian tradisi yang berwarna-warni. Sambuatannya begitu meriah, seolah-oleh menyambut pengantin tiba, dengan bunyi mercun, gendang, tiupan alat bunyian daripada buluh, dan juga alat-alat mereka sendiri."

Memanglah lagu dan tarian merupakan satu bahagian penting dlaam hidup penduduk etnik tempatan di sini. Mereka bukan sahaja menyanyi untuk menyambut tetamu, meluahkan perasaan, atau menghiburkan hati, malah berkomunikasi dengan orang lain juga dengan nyanyian. Sekarang, lagu-lagu asli Guizhou sudah mula menarik perhatian ramai.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |