Dalam lawatan selama 8 hari ini, rombongan kami mengunjungi pelbagai kampung etnik minority di Guizhou. Kampung mereka terletak di kawasan gunung-ganang yang agak terpencil. Jadi hampir setiap hari, kami perlu baik bas selam beberapa jam untuk sampai ke tempat mereka. Ini memang memenatkan. Namun, semua anggota rombongan tetap bersabar kerana apa yang akan dilihat dan dialami nanti selalu mengakibatkan kami terpesona dan teruja.
Kampung-kampung asli Guizhou meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap pengunjung. Pemandangannya indah, suasananya damai dan harmoni, cara hidup penduduk tempatannya penuh dengan keriangan oleh tarian dan nyanyian. Maka, itulah sebabnya tempat ini juga digelar "Tempat Terakhir bagi Orang yang Penat." Puan Atiah berkata:
"Guizhou ialah satu tempat menarik kerana ia sungguh damai dan tenang. Budayanya menarik dan berbagai-bagai, pula cirinya; semuanya menawan hati kerana lagu-lagu asli, dan alat muzik mereka juga asli. Ini merupakan satu tempat yang kita semua boleh bercuti." 1 2 3
|