Pengarah Stesen TV Guizhou Bai Fangqin membertahu wartawan bahawa penyanyi tempatan dari Guizhou semakin hari semakin dikenali oleh penduduk seluruh China dengan lagu-lagu etnik mereka yang unik. Beliau berkata:
"Dalam Pertandingan Nyanyian Pemuda China yang dianjurkan oleh Stesen TV Pusat China, penyanyi Guizhou telah mempersembahkan nyanyian yang cemerlang. Lagu etnik Dong khususnya telah mendapat sambutan hangat daripada orang awam di China. Setatak ini, antara 10 program yang kami syorkan, ada yang mendapat anugerah pingat gangsa dan satu lagi mendapat pengiktirafan sebagai program yang baik."
Satu lagi perkara yang menarik di Guizhou ialah pakaian penduduk. Berdasarkan tradisi masing-masing, setiap etnik mempunyai pakaian dan perhiasan sendiri. Walaupun industri tekstil China kini amat maju, tetapi etnik-etnik tempatan yang tinggal di kawasan gunung-ganang ini masih suka membuat pakaian mereka sendiri peringkat pertama lagi. Di kawasan perkampungan itu, pengunjung selalu teruja melihat wanita tempatan duduk di tepi alat tradisional dan membuat kain sendiri. Biasanya, wanita yang sudah berkahwin memakai pakaian mereka sendiri dari peringkat pertama lagi. Di kawasan perkampungan itu, pengunjung selalu teruja melihat wanita tempatan duduk di tepi alat tradisional dan membuat kain sendiri. Biasanya, wanita yang sudah berkahwin memakai pakaian yang berwarna gelap seperti biru dan hitam, gadis pula memakai pakaian yang berwarna-warni dengan sulaman yang sungguh halus. Selain itu, penduduk etnik ini juga suka mamakai barang perhiasan perak dengan reka bentuk yang bermacam-macam dan amat menarik. Wu Yuzhen ialah seorang gadis tempatan. Dia mendapat gelaran "Gadis Guizhou" dalam satu pertandingan nyanyian. Dia memakai pakaian dan perhiasan perak yang cantik sekali ketika menyambut kedatangan rombongan kami. Dia memberitahu wartawan:
"Baju ini dibuat oleh ibu saya. Semua sulaman pada baju ini dibuat ibu saya daslam masa lima tahun. Beliau membuat baju ini sebagai baju perkahwinan bagi saya. Namun, saya pakai lebih awal untuk menunjukkan kecantikan pakaian etnik Dong kepada tetamu."
Puan Yu juga ialah orang tempatan. Dia mempelajari teknik membuat kain sejak kecil lagi. Dia berkata:
"Proses membuat kain memakan masa setengah tahundan memang agak rumit. Tetapi kami suka memakai baju daripada kain yang kami buat sendiri."
Pakaian dan perhiasan yang cantik bagi etnik tempatan ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pengunjung. Puan Atiah berkata:
"Pakaian mereka amat istimewa. Semua etnik ini mempunyai pakaian yang cantik dan juga perhiasan di kepala, perhiasan di badan, baju yang bersulam indah dan berwarna-warni."
1 2 3
|