v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Opera Kun Menjadi Popular Semula di China
2008-05-26 15:25:13 CRI

Opera Kun digelar sebagai "Ibu Opera" di China. Opera ini mempunyai sejarah lebih 600 tahun dan pernah menghadapi kepupusan. Sejak beberapa tahun yang lalu, atas usaha pelbagai seniman, opera ini menjadi popular semula dan mendapat banyak peminat. Program "Astaka Bunga Peony" merupakan program klasik opera Kun. Satu kecederungan baru mula muncul. Buku-buku, karya audio dan video tentang opera itu telah diterbitkan berturut-turut.

Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah program "Astaka Bunga Peony" yang dipersembahkan di Dewan Persatuan Huguang di Beijing. Program itu dipersembahkan oleh pelakon muda China dan pelakon terkenal Jepun, Tamasaburo Bando. Persembahan mereka berlangsung selama 10 hari dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton.

Encik Tamasaburo Bando telah mempelajari bahasa Mandarin selama beberapa tahun. Beliau amat berminat dengan opera Kun dan mempelajari opera itu dari pelakon Opera Kun terkenal China, Zhang Jiqing. Selepas berlatih selama satu tahun, beliau akhirnya dapat memenuhi impiannya untuk mengadakan persembahan opera Kun di China. Beliau memainkan peranan watak wanita utama "Du Liniang".

Bando amat menghormati pelakon opera terkenal China, encik Mei Lanfang. Datuk beliau juga pernah mengadakan persembahan di Dewan Persatuan Huguang kerana tempat itu merupakan teater terkenal dalam sejarah China. Beliau memperkenalkan cerita di belakang tebir persembahan Opera Kun itu.

"Pertama kali saya datang ke Beijing ialah 22 tahun yang lalu, dan saya mengunjungi Dewan Persatuan Huguang 10 tahun yang lalu. Dua tahun yang lalu, saya mula terfikir untuk mementaskan persembahan Opera Kun "Astaka Bunga Peony" . Saya berharap persembahan kali ini berjaya di Beijing dan saya dapat mengunjungi Beijing lagi. Maka, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mewujudkan persembahan kali ini."

Beliau juga berharap untuk mewujudkan suasana yang menggembirakan bagi rakyat China seperti orang dahulu menonton opera di teater. Untuk mencapai matlamat itu, beliau mereka bentuk alas meja dengan sulaman bunga peony. Seperti yang dijangka oleh beliau, reka bentuk ini mendapat sanjungan tinggi daripada para penonton.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |