"Seniman generasi dahulu menyumbangkan seluruh tenaga mereka untuk kesenian itu. Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap Opera Kun."
Katanya, Encik Bai Xianyong bukan sahaja mengundang guru yang terbaik untuk mengajar mereka, malah amat memberikan tumpuan yang besar kepada kehidupan mereka seharian.
Sekarang, Opera Kun bukan sahaja disukai oleh rakyat China, malah dikenali di seberang laut, dan menjadi kesukaan penonton walaupun tanpa latarbelakang keseniaan purba China.
Petugas Teater Opera Kun Suzhou China, encik Lu Fuhai berkata bahawa teater itu pernah mengadakan persembahan di Jepun pada bulan Mac yang lalu dan mendapat sambutan hangat di sana. Ini memberi ilham baru kepada mereka untuk mewujudkan kerjasama antarabangsa yang boleh menjadi satu cara yang baik bagi menggalakkan perkembangan Opera Kun.
Sebagai persembahan yang boleh mewakili Opera Kun, "Astaka Bunga Peony" telah dipersembahkan sebanyak 1100 kali. Pada tahun 2007, seorang wartawan Singapura telah membuat liputan tentang 49 orang seniman yang terlibat dalam persembahan itu untuk menggambarkan cara melindungi seni tradisional China. Para seniman tersebut mempunyai keyakinan yang kuat bahawa seiring dengan perkembangan China, senitradisionalnya juga mendapat perhatian yang lebih besar. 1 2 3
|