Tepukan yang gemuruh daripada penonton, mengakibatkan seniman itu menifiskan air mata.
Opera Kun merupaka opera yang bersejarah paling lama dalam tradisi China. Opera itu amat popular di kawasan bandar Shanghai dan Kunshan dengan ciri-ciri tempatannya yang istimewa. Sejarahnya lebih tua daripada Opera Peking dan ia sudah wujud lebih 600 tahun. Namun, dengan perkembangan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat, kedudukan Opera Kun dalam kalangan rakyat pernah merosot dan hampir pupus. Untunglah, ramai seniman dan peminat opera ini yang terus berusaha dengan gigih untuk mengembangkan dan mewariskan kesenian ini. Pada tahun 2001, Opera Kun telah diisytiharkan sebagai "Warisan Budaya Manusia Bukan Benda" oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO), dan sejak itu mendapat perhatian ramai. Program Opera Kun "Astaka Bunga Peony" digabungkan dengan unsur-unsur moden dan menjadi lebih sesuai dengan selera golongan muda.
Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah persembahan "Astaka Bunga Peony" yang disadur daripada opera klasik itu. Opera itu menceritakan satu episode cinta antara dua remaja. Cik Du Liniang yang berasal dari satu keluarga kemewaan bertemu dengan Liu Mengmei, pemuda dari keluarga biasa dan mereka jatuh cinta. Namun, disebabkan halangan keluarga dan kedudukan mereka dalam masyarakat, mereka akhirnya terpaksa berpisah.
Sarjana dan penggubah muzik Taiwan, Encik Bai Xianyong telah menyumbangkan usaha yang besar bagi menyebarkan dan mempopularkan Opera Kun. Beliau mendidik tenaga profesional dan kerap menghubungi pihak pelakon terkenal Opera Kun untuk meminta mereka mewariskan kesenian itu. Baginya, program "Astaka Bunga Peony" bukan sahaja satu persembahan, malah ia mewakili warisan budaya yang hampir pupus. Beliau berkata:
"Persembahan 'Astaka Bunga Peony' mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk tokoh-tokoh kebudayaan, syarikat-syarikat yang memberikan bantuan, dan kalangan rakyat serta kerajaan. Usaha ini dibuat semata-mata untuk mengadakan satu persembahan sahaja, tetapi juga untuk menyelamatkan warisan budaya yang mungkin pupus ini."
Beliau berpendapat bahawa kebudayaan dan konsep tradisi China sedang dicabar oleh budaya asing. Untuk menangani masalah ini, lebih banyak usaha perlu disumbangkan untuk menyebarkan dan melindungi kesenian China ini. Kerja mereka bermula dari mendidik pelakon muda dan mengajarkan kesenian ini di pusat-pusat pengajian tinggi demi menyebarkan pengetahuan tentang Opera Kun.
Yu Jiulin ialah pelakon Opera Kun yang memainkan peranan utama lelaki dalam "Astaka Bunga Peony". Beliau berpendapat, sikap seniman Opera Kun golongan warga emas yang bertanggungjawap terhadap opera itu amat merangsangkan.
1 2 3
|