v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seni "Yimakan" di Etnik Hezhe, China
2008-06-16 17:06:19 Agensi Berita Xinhua China

Etnik Hezhe ialah salah satu etnik minoriti dengan jumlah penduduk yang paling kecil di China. Penduduk etnik itu tinggal di Provinsi Heilongjiang, timur laut China. Walaupun etnik itu tidak mempunyai tulisan sendiri, tetapi kesenian "menyanyi sambil bercerita" yang dikenali sebagai "yimakan" amat menarik, dan diiktiraf sebagai warisan budaya bukan benda China pada tahun 2006. Seperti seni tradisional etnik minoriti yang lain di China, senia ini juga pernah menghadapi ancaman kepupusan. Atas usaha bersama pelbagai pihak, seni itu mula hidup kembali di kalangan etnik Hezhe.

Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah sebahagian daripada rakaman nyanyian seniman etnik Hezhe, Wu Liangui untuk merayakan ulang tahun ke-30 tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1979. Seni "yimakan" ini juga digelar "catatan sejarah" yang menceritakan tentang sejarah, kepahlawanan, kehidupan seharian, adat resam dan kepercayaan etnik Hezhe. Seni itu menggabungkan dialog dengan lagu. Nenek moyang orang etnik Hezhe suka menyanyi selepas bercucuk tanam di ladang dan percaya lagu itu boleh membawa kegembiraan kepada mereka. Sekarang, orang yang pandai menyanyi "yimakan" pun tidak ramai lagi. Wu Liangui ialah salah seorang yang pandai dalam bidang seni itu. Selepas beliau meninggal dunia, cucu beliau Wu Baochen mewarisi seni itu.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu yang bernama "Lagu Nelayan Sungai Wusuli". Hidup generasi etnik Hezhe dahulu bergantung pada usaha mekangkap ikan dan berburu. Ketika itu, mereka membuat pakaian dengan kulit ikan. Sekarang, pakaian sedemikian tidak dipakai lagi dan disimpan dalam muzium. Cara hidup mereka pun sudah berubah dan yang tinggal hanya seni "yimakan" yang menceritkan cara hidup generasi dahulu kepada generasi sekarang.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |