Wu Baochen memberitahu wartawan bahawa ramai orang etniknya yang menyanyi beramai-ramai selepas bekerja dan ini meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya.
"Saya masih ingat, selepas ibu bapa saya menangkap ikan dan pulang dengan bot nelayan, kanak-kanak akan berkumpul di tambatan dan mendengar mereka menyanyi."
Akhir-akhir ini, Wu Baochen digelar sebagai "pewarisa kesenian" oleh Kementerian Kebudayaan China. Baginya, seni "yimakan" yang mewakili kebudayaan dan sejarah, adat redam serta tradisi etnik Hezhe amat berharga dan harus diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Beliau berkata:
"Seni 'yimakan adalah perkara yang paling berharga bagi etnik Hezhe. Kami sedang berusaha untuk melindungi, mewariskan dan mengembangkan seni ini."
Wu Baochen pernah menyandang jawatan sebagai ketua pusat kebudayaan kampung Jiejinkou dan sentiasa berusaha untuk mewariskan dan menyebarkan "yimakan". Selain daripada mengumpul karya-karya datuknya, beliau juga menulis karya baru dengan pemahamannya sendiri terhadap seni itu.
Yang saudara dengar tadi ialah salah satu karya yang dicipta oleh Wu Baochen.
Walaupun seniman seperti Wu Baochen menjalankan kegiatan terhadap kesenian itu, namun, beliau juga menghadapi pelbagai kesukaran.
Jumlah seniman yang pandai dalam seni "yimakan" kini kian berkurang. Cara hidup pemuda moden sudah berubah dan mereka tidak lagi berminat terhadap seni ini. Pada tahun-tahun 1950-an, hanya tinggal lebih kurang 10 orang sahaja seniman yang masih pandai menyanyikan lagu "yimakan", dan hanya tinggal 5 orang sahaja seniman pewaris pada tahun 1980-an
1 2 3
|