v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seni "Yimakan" di Etnik Hezhe, China
2008-06-16 17:06:19 Agensi Berita Xinhua China

.

Dengan berkembang majunya masyarakat, menangkap ikan tidak lagi menjadi mata pencarian utama etnik Hezhe kerana sumber ikan pun semakin kurang. Mereka terpaksa meninggalkan kerja menangkap ikan dan mempelajari cara hidup yang lain untuk mencari rezeki. Suasana untuk menyanyikan "yimakan" dalam tradisi mereka sudah tidak wujud lagi. Selain itu, disebabkan etnik Hezhe tidak mempunyai tulisan, penyebaran seni ini pun menjadi satu masalah. Seni "yimakan" yang merupakan harga yang paling berharga bagi etnik Hezhe sedang menghadapi kepupusan. Kerja perlindungan dan menyelamat perlu dijalankan dengan segera. Sebagai pewaris seni "yimakan", Wu Baochen berasa amat bimbang.

Masalah itu juga menarik perhatian kerajaan. Selepas seni ini diiktiraf sebagai warisan budaya bukan benda negara, pihak berkenaan menetapkan rancangan terperinci untuk melindungi seni tersebut. Kebanyakan penduduk etnik Hezhe tinggal di bandar Tongjiang. Kerajaan bandar itu telah membina muzium dan taman yang khas bagi melindungi kebudayaan tradisional etnik Hezhe. Di samping itu, usaha juga dibuat untuk mengumpul seni yang lain seperti lagu dan tarian etnik itu.

Naib Datuk bandar Tongjiang, Encik You Lijun menyatakan bahawa pakar dan sarjana sahaja untuk menyebarkan seni itu tidak mencukupi. Sangatlah penting menggalakkan seni itu kembali dan popular di kalangan rakyat. Beliau berkata:

"Bagi saya, perkara yang paling penting ialah menyebarkan seni ini di kalangan rakyat. Hanya apabila ia menjadi kesukaan kalangan rakyat, barulah warisan budaya ini dapat diteruskan."

Untuk mencapai matlamat itu, kerajaan tempatan selalu menganjurkan aktiviti kebudayaan berkait dengan seni "yimakan" di kalangan rakyat.

Sekolah tempatan juga mengadakan kursus untuk mengajar kanak-kanak pengetahuan tentang seni "yimakan".

Wu Qi yang berumur 20 tahun ialah pemuda etnik Hezhe. Dia belajar menyanyi dan menari tarian etnik Hezhe daripada ibu bapa sejak kecil lagi. Dia ialah wakil generasi muda yang mewarisi seni tradisional Hezhe ini. Dia memberitahu wartawan:

"Tarian etnik Hezhe memang sukar untuk dipelajari. Saya berazam untuk mempelajarinya dan mewariskan seni tradisional kami."


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |