v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Drama Dipersembahkan di Beijing Sepanjang Musim Gugur
2008-10-21 11:20:46 CRI

1 Oktober merupakan Hari Kebangsaan China dan sempena sambutannya, pelbagai acara diadakan khususnya di Beijing. Dengan adanya peluang tersebut, banyak drama dipersembahkan di Beijing sepanjang musim gugur setiap tahun. Pada tahun ini, berberapa pesta drama yang diadakan di Beijing pada minggu emas Hari Kebangsaan telah meneriahkan pentas persembahan Beijing.

Menjelang Hari Kebangsaan, Pesta Drama Belia Beijing yang berskala paling besar dalam sejarah telah dirasmikan. Slogan pesta drama kali ini ialah "pembaharuan drama bagi cinta pertama".

Majlis pembukaan untuk Pesta Drama Belia Beijing 2008 bertajuk "Ziarah ke Barat". Drama ini bersifat dongengan. Watak utama dalam drama ini ialah Sun Wukong, iaitu watak daripada sastera klasik China "Ziarah ke Barat". Drama tersebut menceritakan kenangan zaman kanak-kanak bagi orang China yang kini berumur kira-kira 30 tahun, termasuk permainan, makanan, dialog dan lain-lain yang popular. Persembahannya agak unik dan sama sekali tidak seperti model drama tradisional. Namun, penonton merasa sangat gembira dan terangsang. Ada penonton yang tertawa hingga mengeluaran air mata. Pada masa yang sama, para penontonjuga dapat membandingkannya dengan pelbagai masalah masyarakat pada masa ini.

Pesta Drama Belia Beijing 2008 merupakan pesta emas bagi para belia, dan juga merupakan pentas percubaan besar-besaran bagi pelbagai drama moden. Oleh itu, ramai juga tokoh terkenal dalam bidang drama yang tertarik untuk datang menonton persembahan tersebut. Setiausaha Agung Persatuan Dramawan Beijing, Yang Qianwu memaklumkan:

"Kami tidak menetapkan tema untuk pesta tahun ini. Semua drama yang dipersembahkan dicipta oleh para belia sendiri berdasarkan penghayatan denganber fokus kepada keadaan masyarakat terkini. Kami tidak menyekat mereka, malah pengarah seni juga tidak mengenakan sebarang syarat yang konkrit kepada mereka. Mereka dapat menggunakan imaginasi mereka dan mempersembahkan apa jua dalam fikiran mereka."


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |