v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Drama Dipersembahkan di Beijing Sepanjang Musim Gugur
2008-10-21 11:20:46 CRI

Kesemua 13 orang pengarah drama dalam Pesta Drama Belia Beijing kali ini berumur kira-kira 30 tahun. Walaupun separuh daripada mereka bukan dari jurusan drama, namun, mereka semua mempunyai banyak pengalaman dan ada juga yang telah membuat percubaan selama berbelas-belas tahun dalam bidang drama.

Sun Xiaohang sebagai pengarah, telah memilih 12 buah cerita tentang pekerja, mahasiswa, dan lain-lain dan mencipta drama "Kumpulan 12 Orang". Watak dalam drama tersebut juga dilakonkan oleh siswa dan pelakon-pelakon bukan profesional. Sun Xiaohang berharap penontonnya dapat menghayati dengan penuh perasaan kehidupan yang sebenarnya wa;aupun dalam teater. Beliau berkata:

"Drama ini mengumpulkan cerita daripada 12 orang. Mereka ialah pelajar dan lain-lain. Cerita mereka saya peroleh dari internet. Yang paling penting ialah cerita 12 orang ini dapat memperlihatkan sikap mereka masing-masing terhadap kehidupan. Drama saya tidak mempunyai jalan cerita yang lengkap, ia terdiri daripada 12 bahagian. Saya berharap drama ini dapat dicipta sebagai sebuah sajak."

Pengarah yang paling terkenal dalam kalangan pengarah drama percubaan China, Meng Jinghui ialah pengarah seni Pesta Drama Belia kali ini. Beliau memberikan penilaian yang tinggi terhadap karya para pemuda dalam pesta ini.

"Pesta drama ialah pesta untuk para pemuda. Pada pendapat saya, karya mereka bukanlah yang paling baik, tetapi banyak yang unik dan mempunyai prospek yang cerah. Antaranya terdapat beberapa karya yang sangat lucu. Memang para pengarah telah mempersembahkan yang terbaik kepada penonton."


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |