v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Drama Dipersembahkan di Beijing Sepanjang Musim Gugur
2008-10-21 11:20:46 CRI

Minggu Persembahan Drama Kanak-kanak China 2008 pula dirasmikan di Beijing pada 1 Oktober. Sebanyak13 kumpulan drama dari pelbagai tempat di China mempersembahkan 19 buah drama untuk kanak-kanak, termasuk drama moden, drama cerita pari-pari, drama mitos, persembahan anak patung dan wayang kulit. Ketua Kumpulan Drama Kanak-kanak China, Zhou Yuyuan berkata:

"Di China terdapat 380 juta orang kanak-kanak. Kami telah mengemukakan sebuah konsep, iaitu kumpulan drama kanak-kanak di seluruh negara berkhidmat untuk semua kanak-kanak. Semua kumpulan drama kanak-kanak bekerjasama mengadakan persembahan. Ciri pendidikan melalui drama kanak-kanak tidak boleh diketepikan. Di samping itu, cirinya sebagai hiburan juga perlu ditingkatkan. Kini, kebanyakan drama kanak-kanak di China adalah karya yang menyatukan unsur pendidikan dengan hiburan.

Drama "Kamu Kelihatan Sangat Enak untuk Dimakan" yang dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian Kanak-kanak Beijing disusun bersador cerita pari-pari Jepun. Manakala drama muzik "Pippi dan Stoking Panjang" yang dipersembahkan bersama-sama oleh pelakon China dan pelakon Sweden disusun bersador cerita pari-pari klasik di Sweden.

Dalam tempoh 10 hari ini, drama kanak-kanak tersebut akan dipersembahkan di 8 buah pentas, dan juga akan dipersembahkan di sekolah. Selain itu, Minggu Drama Kanak-kanak ini juga mengundang tetamu dari Kanada, Jepun, Australia, New Zealand, Austria, Republik Korea dan Vietnam untuk menonton persembahan dan mengadakan perbincangan tentang drama kanak-kanak.

Aktiviti ini berakhir pada 10 Oktober yang lalu. Pada hari yang sama, iaitu 10 Oktober, Pesta Drama Shakespeare yang dianjurkan oleh Kumpulan Drama Negara China dirasmikan pula di Teater Drama Moden Negara China. Beberapa buah drama karya Shakespeare yang dijayakan oleh pelakon dari dalam dan luar negara akan dipersembahkan secara berturutan untuk para penonton di Beijing. Tema pesta drama kali ini ialah "Shakespeare untuk Selamanya".


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |