Bandar Zunyi terletak di utara Provinsi Guizhou di barat daya China, yang dikenali sebagai " kota tradisi minuman arak yang terkenal di China. Bandar itu juga merupakan tempat pengeluaran Arak Maotai yang terbaik di China dan arak itu menjadi arak keluaran negara China.
v Catatan Lawatan ke Yesanpo Beijing Destinasi Pelancongan Yesanpo terletak lebih 100 kilometer dari Bandar Beijing. Dalam tempoh bulan Mei hingga Ogos setiap tahun, merupakan musim yang terbaik bagi pelancong berkunjung ke sana. Bersiar-siar di Lembah Baili yang indah, menaiki rakit buluh di Sungai Juma dan beriadah di rumah petani merupakan acara pelancongan yang sangat menarik. Jika bertolak dari Beijing dengan menaiki kenderaan selama kira-kira satu jam, pelawat akan sampai ke Yesanpo.Tempat itu seluas 600 kilometer persegi, terdapat beberapa destinasi pelancongan seperti Lembah Baili, Sungai Juma, Pagoda Fudong dan Lembah Longmen.