Kumpulan Tarian Etnik-Etnik Universiti Etnik-Etnik Pusat China terdiri daripada ramai mahasiswa etnik minoriti yang gemar akan persembahan tarian etnik-etnik China.
Lebih 80% daripada anggota Kumpulan Tarian Etnik-Etnik ialah pelajar etnik minoriti yang mengikuti pengajian di Universiti Etnik-Etnik Pusat itu. Ketua Kumpulan Tarian yang juga pelajar tahun kedua jurusan Ilmu Pendidikan Tan Rui berkata bahawa kumpulan kami terdiri daripada pelajar yang menuntut ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang ditubuhan selama 11 tahun setakat ini. Mereka terdiri daripada etnik Uygur, Mongol, Tibet, Yi, Dai, Hani dan Hui seluruh negara. Mereka berkumpul bersama-sama kerana gemar akan persembahan tarian.

Tan Rui etnik Hani berasal dari provinsi Yunnan di bahagian barat daya China. Beliau berkata bahawa kumpulan tarian ini dianjurkan oleh Mao Lei, seorang pelajar tahun ketiga etnik Yi yang mengikuti pengajian di Universiti Etnik-Etnik Pusat China ini pada 11 tahun yang lalu. Kami sering kali mengadakan latihan di sebuah bilik yang seluas hanya 12 meter. Kami pernah mengadakan latihan di 10 tempat dalam tempoh 11 tahun yang lalu.
1 2 3
|