Ruangan tarian telah disediakan khusus untuk Kumpulan Tarian Etnik-Etnik Pelajar Universiti Etnik-Etnik Pusat pada masa sekarang. Tarian yang direka oleh kumpulan itu mempunyai taraf tertinggi daripada kumpulan tarian sekolah yang lain di Beijing. Kumpulan itu pernah mengadakan pertunjukan kesenian di Yunnan, Tibet, Hong Kong dan Makau China. Kumpulan Tarian Etnik-Etnik ini telah diundang untuk mengadakan pertunjukan kesenian selama seminggu di pelbagai universiti dan sekolah di Hong Kong semasa perayaan ulang tahun ke-10 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dikembalikan ke pangkuan tanah air pada Mei tahun ini. Qin Shan, seorang pelajar etnik Hui dari Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China berkata bahawa "Mata Air Bunga Popi " yang direka oleh pensyarah Mao Lei itu pernah dipersembahkan di Hong Kong dan pernah memperoleh hadiah dalam pertandingan tarian yang diadakan di lima provinsi di bahagian utara China. Tarian itu telah memaparkan perasasan kesengsaraan akibat penagihan dadah.

Qin Shan berkata bahawa kumpulan tarian ini berkemampuan untuk memaparkan karya-karya adat resam penduduk etnik minoriti. Tarian bertema: "Perkampungan China" yang telah dipersembahkan selama 11 tahun ini. Faktor kesenian tarian etnik minoriti China telah dipersembahkan menerusi tarian ini. Tarian Perkampungan China ini bukan sahaja merupakan salah satu karya tarian yang mewakili kumpulan tarian kami, bahkan juga telah melambangkan perpaduan pemuda pelbagai etnik Universiti Etnik-Etnik Pusat ini. Pelajar Huang Ming etnik Hani berkata bahawa tarian "Perkampungan China" ini telah melibatkan pelbagai tarian etnik minoriti China dan pernah dipentaskan dalam tempoh Pertandingan Kesenian Mahasiswa Beijing Pertama dan memperoleh hadiah pertama.
1 2 3
|