
Huang Ming berkata bahawa anggota kumpulan itu terdiri daripada pelbagai etnik minoriti yang tinggal di pelbagai tempat di China. Penduduk etnik minoriti yang tinggal di Tibet dan provinsi Yunnan China gemar akan menyanyikan lagu dan menari sejak zaman purba. Kebanyakan mereka telah tumbuh membesar dalam suasana nyanyian dan tarian. Beliau berkata bahawa satu pepatah yang tersebar di pelbagai kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti itu ialah orang yang pandai bertutur itu gemar menyanyikan lagu dan orang yang suka berjalan kaki itu gemar mempersembahkan tarian. Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa penduduk etnik minoriti yang tinggal di sana gemar menari.
Huang Ming yang sejak kecil tinggal di bandar itu pernah mempelajari tarian etnik-etnik Dai, Hani dan lain-lain. Qin Shan etnik Hui yang berasal daripada Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China juga sejak kecil gemar akan budaya penduduk etnik minoriti China. Dia berkata bahawa pemuda-pemudi etnik-etnik Zhaung, Miao dan Dong yang tinggal di kawasan desa tersebut sentiasa berdiri di aras jedua-dua puncak bukit sambil menyanyikan lagu untuk mengutarakan perasaan cinta dengan diiringi irama muzik tarian semasa menyambut perayaan 3 bulan 3 menurut calendar China setiap tahun.
Anggota kumpulan tarian itu berkata bahawa mereka telah menumpukan perhatian yang tinggi terhadap tarian asli penduduk etnik minoriti semasa merayakan prayaan atau bercuti di kampung halaman mereka. Mereka sering kali mempelajari tarian dan mengumpulkan banyak pakaian, barang hiasan penduduk etnik minoriti untuk digunakan semasa mengadakan pertunjukan kesenian. Seorang pemuda etnik Tibet Sangge Dongzhi berkata bahawa saya memperoleh banyak kemuliaan daripada kumpulan kesenian itu dalam tempoh mengikuti pengajian di Universiti Etnik-Etnik Pusat selama 7 tahun itu. Ini merupakan kenangan yang sukar dilupakan. 1 2 3
|