v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wang Xi yang yang Bertugas sebagai Ketua Jawatankuasa Penduduk

2007-12-05 20:48:37 CRI

Sebuah jawatankuasa penduduk di suatu komuniti, Daerah Dongcheng, Bandar Beijing China sedang mengadakan sidang untuk penduduk yang dapat menikmati jaminan kehidupan taraf paling rendah. Sidang seumpama itu diadakan sekali sebulan dan matlamatnya adalah untuk memberi wang jaminan kepada penduduk miskin dan memaklumkan dasar baru serta maklumat pekerjaan.

Terdapat hampir 80 ribu buah jawatankuasa penduduk seumpama itu di bandar dan pekan China.

Tugas utama jawatankuasa penduduk adalah menangani hal ehwal awam dan usaha kebajikan seperti memberikan wang jaminan kehidupan taraf paling rendah kepada mereka yang bersesuaian. Selain itu, ia juga mendamaikan pergaduhan antara jiran, membantu pihak polis menjaga keselamatan sosial dan sebagainya.

Jawatankuasa penduduk biasanya menangani urusan yang remeh temeh dan menyediakan perkhidmatan kepada penduduk yang berbeza-beza, maka jawatan ketua jawatankuasa penduduk biasanya disandang oleh warga emas atau orang setengh baya. Puan Wang Xi yang berumur 30 tahun yang akan kami perkenalkan hari ini sudah bertugas sebagai ketua jawatankuasa penduduk selama 7 tahun. Selain itu, beliau juga adalah anggota Parti Komunis China.

Pada musim panas 2000, Wang Xi telah menamatkan tempoh perkhidmatan dalam Tentera Pembebasan Rakyat China dan turut mendaftar nama dalam ujian pelantikan pegawai komuniti yang diselenggarakan oleh kerajaan bandar Beijing.

Akhirnya, Wang Xi berjaya dipilih dari seramai 90 orang calon dan menjadi ketua jawatankuasa penduduk yang paling muda di bandar Beijing.

1 2 3 4 5

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |