v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wang Xi yang yang Bertugas sebagai Ketua Jawatankuasa Penduduk

2007-12-05 20:48:37 CRI

Puan Feng Liyuan, penduduk Komuniti Lorong Ke-5 Dongsi telah bercerai dan harus menyara anaknya yang sudah bersekolah serta ibunya yang sering terkena sakit. Bebanan kehidupannya agak berat. Tambah lagi, Feng Liyuan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Beliau berkata: "Saya harus membesarkan anak dan menyarai ibu berdasarkan keupayaan sendiri, tetapi saya memang tidak berkemampuan."

Setelah mengetahui keadaan keluarga Feng Liyuan, Wang Xi berusaha memohon jaminan kehidupan paling rendah untuk Feng Liyuan dan wang bantuan sekolah untuk anak perempuannya yang sedang bersekolah menengah atas. Keluarga Feng Liyuan telah mendapat jaminan asas berdasarkan bantuan dari jawatankuasa penduduk.

Feng Liyuan berkata: "Ketua jawatankuasa penduduk komuniti kami sangat baik. Kami menghormati anggota Parti Komunis China seperti Wang Xi. Beliau menumpukan kesayangansepenuh hati terhadap rakyat."

Demi membantu para penganggur dalam Komuniti Lorong Ke-5 Dongsi, Wang Xi sedaya upaya menghubungi beberapa perusahaan, mencari maklumat pekerjaan yang bermacam-macam dan mengumumkannya dan menghubungi para penganggur yang bersesuaian. Dengan demikian, Encik Yang Hongbo, penganggur yang berumur 42 tahun mendapat satu pekerjaan yang memuaskan hati yang pendapatannya agak lumayan dan dijamin pelbagai insurans.

1 2 3 4 5

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |