Yang Hongbo berkata: "Wang Xi menyediakan maklumat yang banyak kepada para penganggur. Maklumat itu agak lengkap dan memang memudahkan para penganggur mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan cepat. Setelah mendapat pekerjaan lagi, saya berasa masyarakat tidak melupakan kami dan kehidupan saya terjamin."

Selain membantu para penduduk mengatasi kesukaran dalam kehidupan, Wang Xi dan pegawai jawatankuasa penduduk yang lain telah menyelenggarakan pelbagai aktiviti untuk merancakkan suasana komuniti, misalnya mengetuai para penduduk beriadah, menyelenggarakan pertandingan penggambaran komuniti, membuka kursus kaitan, membawa warga emas melancong ke luar bandar dan sebagainya.
Puan Wei, penduduk Komuniti Lorong Ke-5 Dongsi menghargai usaha Wang Xi.
Beliau berkata: "Beliau bekerja dengan bersungguh-sungguh. Sikapnya inisiatif dan dinamik. Kami berharap agar Wang Xi terus bertugas di jawatankuasa penduduk dan jangan dipindahkan ke jawatan lain."
----DAZHONG 1 2 3 4 5
|