v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Sukarelawan di Bandar Tangshan China

2007-12-18 00:07:18 CRI

"Jika perlu, cari sukarelawan, jika ada waktu, bertugas sebagai sukarelawan" sudah menjadi perkataan yang popular di bandar Tangshan di bahagian utara China.

Setelah selesai bersekolah pada pukul 4:00 petang setiap hari, Fang Kunyao, murid tahun ke-5 Sekolah Rendah Jalan Shuiji Bandar Tangshan sering pergi ke Pusat Aktiviti Remaja Komuniti Ke-2 Jalan Hebei yang terletak sejauh 500 meter dari sekolahnya. Sebelum dijemput oleh ibubapanya pulang rumah, Fang Kunyao menyelesaikan pekerjaan rumah yang diberikan guru, menyertai aktiviti kesenian atau olahraga dan bermain dengan teman-teman di pusat tersebut.

Fang Kunyao berkata, "Saya mula menyertai aktiviti di sini sejak 4 tahun yang lalu. Kami mendapat bantuan pelajaran dari guru di sini. Selain itu, saya juga berasa gembira disebabkan dapat bermain dengan ramai teman sekolah dari pelbagai kelas. Kami telah menjadi teman baik di sini."

Terdapat seramai lebih 40 orang murid seperti Fang Kunyao menyertai aktiviti di Pusat Aktiviti Remaja Komuniti Ke-2 Jalan Hebei pada masa lapangnya dan seramai 7 hingga 8 orang guru sukarelawan bertugas di pusat tersebut. Guru-guru itu bekerja di sana tanpa bayaran, antaranya, Gao Jun, guru yang umurnya paling tua pernah bertugas sebagai guru di sekolah rendah sebelum bersara. Beliau bertanggungjawab untuk menghantar murid masuk dan pulang dari sekolah dan membantu mereka menyelesaikan pekerjaan rumah.

Gao Jun menjelaskan kepada wartawan CRI apa sebabnya beliau bertugas sebagai guru sukarelawan: "Ibu bapa tidak sempat menjemput anak mereka setelah penyelesaian persekolahan setiap hari. Pusat kami boleh membantu mereka menyelesaikan masalah ini. Saya berasa gembira jika dapat membuat sesuatu setelah bersara. Saya sudah menumpukan segenap perhatian terhadap pendidikan dalam sepanjang umur hidup saya."

1 2 3 4

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |