Terdapat ramai warga emas seperti Gao Jun yang bersedia untuk bertugas sebagai sukarelawan di komuniti setelah bersara. Jawatankuasa Penduduk Komuniti Ke-2 Jalan Hebei telah menubuhkan pusat penyelarasan sukarelawan untuk menyelaraskan tugas sukarelawan yang berbeza-beza. Mereka telah mengemukakan slogan "Jika perlu, cari sukarelawan, jika ada waktu, bertugas sebagai sukarelawan" dan menubuhkan lebih 10 buah barisan perkhidmatan sukarelawan termasuk barisan sukarelawan bantuan perundangan, pembaikan peralatan harian, perubatan dan penjagaan kesihatan, perondaan keselamatan am dan bantuan warga emas serta orang kurang upaya.

Pada tahun 2006, seramai 5,495 orang sukarelawan di Komuniti Ke-2 Jalan Hebei telah menumbang perkhidmatan selama lebih 250 ribu jam, antaranya ada warga emas yang sudah bersara dan juga ada orang muda yang bertugas dalam pelbagai bidang.

Yu Guangzhao, pegawai kerajaan tempatan berkata: "Perkhidmatan tersebut agak memudahkan kehidupan penduduk, misalnya mereka membersihkan rumah dan mencuci kain selimut untuk orang tua. Barisan perkhidmatan menjalankan tugas yang berbeza-beza berdasarkan keunggulan para sukarelawan dan waktu yang sesuai."

Sebenarnya, aktiviti yang dilakukan oleh barisan sularelawan di Komuniti Ke-2 Jalan Hebei hanya merupakan sebahagian komponen aktiviti sukarelawan di bandar Tangshan. Pada masa sekarang, sukarelawan bertugas di pelbagai sudut di bandar itu dan aktiviti mereka sudah dimasukkan dalam sistem pengurusan yang standard.
1 2 3 4
|