v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Sukarelawan di Bandar Tangshan China

2007-12-18 00:07:18 CRI

Huang Jingdong, pegawai kerajaan bandar Tangshan berkata: "Kerajaan membuat arkib untuk setiap orang sukarelawan. Sukarelawan menyediakan bantuan kepada oarng lain dan juga dapat menerima bantuan daripada orang lain apabila mengalami kesukaran. Semasa menangani pengurusan arkib, kami memberi penilaian terhadap sukarelawan yang sudah menyumbang perkhidmatan selama 40 hingga 50 jam. Kami telah mendirikan pertubuhan sukarelawan dalam pelbagai bidang yang mempunyai manifesto dan acara aktiviti. Sistem seumpama itu agak sempurna di bandar Tangshan."

Pada 6 November 2007, Puan He Xuehong, sukarelawan yang telah menjaga dan membantu keluarga Fan Dongsheng selama 30 tahun. Fan Dongsheng dan isterinya ialah orang buta dan kehidupan mereka bergantung kepada subsidi jaminan sosial.

Fan Dongsheng berkata: "Saya mengingat pada hari sewaktu isteri saya tinggal di hospital untuk menerima rawatan, He Xuehong dan anak perempuannya telah menjaga isteri saya sepanjang malam. Pada keesokan harinya, beliau turut berlepas ke pejabat tanpa rehat. Tambah lagi, He Xuehong telah mengidap penyakit jantung yang teruk. Beliau tidak memberitahu kami semasa tinggal di hospital menerima rawatan."

Dalam tempoh selama puluhan tahun yang lalu, menjaga kehidupan keluarga Fan Dongsheng telah menjadi sebahagian komponen kehidupan He Xuehong. Pasangan Fan Dongsheng telah menganggap He Xuehong sebagai adik perempuannya.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti sukarelawan menjadi semakin popular di bandar Tangshan dan terdapat semakin ramai orang seperti He Xuehong menumbang usaha dalam aktiviti sukarelawan.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |