Lagu yang kami sajikan ini bertajuk "Sinar Waktu Senja". Seni katanya berbunyi "Pemandangan waktu senja adalah indah dan melambangkan kebahagiaan". Warga emas diibaratkan sebagai sinar waktu senja. Sebenarnya pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan China sedang menumpukan perhatian terhadap usaha menjamin hak dan kepentingan kalangan warga emas agar mereka dapat menikmati kehidupan lanjut usia yang selesa.

Sewaktu membuat liputan ke Pekan Daxu, Bandar Hefei, Provinsi Anhui di bahagian tengah China, wartawan CRI telah mengunjungi rumah warga emas di pekan itu. Shen Xunyin yang berumur 67 tahun membawa wartawan CRI mengunjungi biliknya di Rumah Warga Emas Daxu.

Beliau berkata: "Kami dua orang berkongsi satu bilik dengan disediakan TV, lemari baju, selimut, tisu, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain. Kami berasa lebih selesa daripada di rumah sendiri. Orang tua seperti kami telah kehilangan keupayaan bekerja dan sukar hidup jika pada masa dahulu."
1 2 3 4
|