Terdapat lebih kurang 100 ribu orang warga emas seperti Shen Xunyin yang mengalami kesukaran dalam kehidupannya di bandar Hefei. Puan Xie Jifang, Ketua Jabatan Pekerjaan Hal Ehwal Warga Emas Bandar Hefei memaklumkan bahawa untuk membantu warga emas tempatan mengatasi kesukaran, kerajaan tempatan Hefei telah menjalankan pelbagai tindakan termasuk membina dengan giat rumah warga emas.
Beliau berkata: "Kami terlebih dahulu mengambil berat terhadap warga emas tanpa penyara, punca pendapatan dan keupayaan bekerja dan menyediakan bantuan kepada mereka dalam bidang makanan, pakaian, perubatan, rumah, pengebumian dan pendidikan. Kami bercadang memperuntukan 100 juta yuan RMB dalam tempoh 5 tahun kelak agar menjadikan 50% warga emas yang mempunyai kesukaran tersebut dapat berpindah ke rumah warga emas. Cadangan ini disebut sebagai'Projek 515''.

Sejak "projek 515" dilaksanakan pada tahun 2006, kerajaan bandar Hefei telah menubuhkan sebanyak lebih 150 buah rumah warga emas termasuk Rumah Warga Emas Pekan Daxu. Ramai warga emas telah menyelesaikan kesukaran kehidupan berkat bantuan dari rumah warga emas tersebut.
1 2 3 4
|