Zhou Chuandai, warga emas mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan dengan Lin Shaofeng. Penglihatannya kurang baik disebabkan penyakit matanya. Setelah berpindah ke Rumah Warga Emas Daxu, Zhou Chuandai pernah menerima rawatan di pelbagai hospital besar di bandar Hefei dengan dibawa oleh Ketua Rumah Warga Emas Daxu. Pada masa sekarang, penglihatan Zhou Chuandai telah dibaiki dengan ketara.

Beliau berkata: "Sekarang saya sudah boleh melihat dengan satu mata, yang lain itu masih kurang sihat. Ketua Rumah Warga Emas Daxu telah berjanji kepada saya akan membawa saya ke hospital menerima rawatan terhadap mata yang belum sembuh ini."
Ketua Rumah Warga Emas Daxu yang disebut oleh Zhou Chuandai tadi bernama Fang Xia. Beliau berumur 40 tahun. Puan Fa Xia memberitahu wartawan CRI bahawa sekali pengalaman yang berlaku secara kebetulan menyakinkannya mengambil keputusan untuk bertugas di Rumah Warga Emas Daxu.

Beliau berkata: "Pada suatu kali, orang tua saya mengidap penyakit dan saya menemaninya pergi ke hospital. Pada saat itu, tiba-tiba saya berasa warga emas amat memerlukan bantuan dan penjagaan yang teliti. Maka, saya memutuskan untuk bertugas di sini menjaga mereka yang berusia lanjut."
Ketika mengenang kembali keputusan yang diambilnya menyandang jawatan Ketua Rumah Warga Emas Daxu, Puan Fa Xia berkata bahawa beliau tidak pernah berasa kesal. Tempoh perkhidmatan yang lama di rumah warga emas telah menjalinkan hubungan yang mesra antara Fa Xia dengan para warga emas.
Apabila para warga emas mengemukakan permintaa, Fa Xia dan stafnya pasti berusaha memenuhi hasratnya. Pada masa sewaktu peralihan musim, Fa Xia dan stafnya selalu membeli pakaian baru untuk para warga emas.
Warga emas yang tinggal di Rumah Warga Emas Daxu sedang menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia. Kami juga berharap agar terdapat lebih ramai warga emas menikmati kehidupan lanjut usia yang bahagia dan stabil.
----DAZHONG 1 2 3 4
|