v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Saudara Kembar Peranis yang Tinggal di Yangsuo China

2008-01-15 11:40:03 CRI

Saudara kembar Perancis yang bernama Wen Shuangfu dan Wenshuanglu (Chritophe Vin Cent dan Lue Vin Cent) suka akan Yangsuo, pekan kecil di bahagian selatan China. Dalam tempoh selama lebih sepuluh tahun yang lalu, mereka bukan sahaja telah membuka restoran masakan Perancis dan hotel tradisional China di Pekan Yangsuo, tetapi juga mempelajari kaligrafi dan pengukiran tera China. Mereka amat menikmati kebudayaan China dan tidak ingin pulang ke kampung halamannya.


Terdapat ramai warga asing tinggal di Jalan Xijie yang sepanjang 500 meter yang dibina dengan papan batu di Pekan Yangsuo. Hotel Hongfu dan Restoran Perancis yang dibuka oleh saudara kembar Perancis Wen Shuangfu dan Wen Shuanglu terletak di Jalan Xiejie. Hotel Hongfu yang bersejarah lebih 300 tahun merupakan kompleks bangunan tradisional China yang berhalaman. Koridor di hadapan pintu yang baru ditambah ukiran bunga dan Tanglung merah yang tergantung mencerminkan keistimewaan tradisi China. Yang aneh sekali itu ialah pemilik restotan tersebut, seorang warga Perancis yang matanya biru dan rambutnya perang dan boleh bertutur bahasa Mandarin dengan fasih.



Wen Shuangfu, abang dari saudara kembar Perancis itu menceritakan apa sebabnya beliau menggunakan bangunan lama itu untuk membuka restoran.



Beliau berkata: "Saya terlebih dahulu ingin melindungi bangun ini. Pada masa sekarang, restoran ini sudah menjadi terkenal disebabkan mempunyai keistimewaan kebudayaan China. Saudara kami juga menjadi terkenal disebabkan penggemaran kami terhadap kebudayaan China. Warga asing yang datang ke China bertujuan untuk mengetahui kebudayaan China. Mereka melancong ke China juga bertujuan untuk menyaksikan kebudayaan negara ini dan bukan untuk melihat bangunan yang baru dibina."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |