Hiasan Hotel Hongfu direka bentuk oleh Wen Shuanglu, adik dari saudara kembar Perancis itu. Gambar naga dan burung phoniex yang melambangkan kebahagiaan dalam kebudayaan tradisional China diukirkan di atas pintu dan tingkap Hotel Hongfu. Nama kedua-dua orang pemilik Hotel Hongfu iaitu Wen Shuangfu dan Wen Shuanglu diambil dari "Fulushuangquan" iaitu perkataan tahniah tradisional China yang bermaksud "menikmati kehidupan yang bahagia dan mendapat kerjaya yang berjaya".

Wen Shuanglu berkata: "Kami berhasrat untuk mempelajari sejarah dan kebudayaan China baik sewaktu kecil mahupun sewaktu melanjutkan pengajian di universiti. Kami berasa China ialah sebuah negara yang besar dan bersejarah lima ribu tahun. Kami mengetahui China terlebih dahulu melalui filem China. Berhijrah ke China merupakan impian kami dan kami memang suka tempat ini."

Saudara kembar Perancis tersebut dilahirkan di Strasbourg, bandar budaya yang terkenal yang bersejarah lama di bahagian timur laut Perancis. Abang Wen Shuangfu berminat akan kehidupan ekspedisi sejak waktu kecil. Pada tahun 1988, Wen Shuangfu memulakan perkhidmatan tentera dan turut dihantar ke Republik Gabon di Afrika. Beliau telah menimba pengalaman luas semasa bertugas di Afrika. Pada dua tahun selepas itu, Wen Shuangfu mennamatkan tempoh perkhidmatannya dalam tentera dan mula bertugas sebagai polis. Beliau berminat akan pelancongan dan telah mengunjungi sebanyak 15 buah negara.

Pada tahun 1991, Wen Shuangfu yang berumur 22 tahun telah melawat ke China untuk mewujudkan impiannya. Beliau melancong dari bahagian selatan ke utara China dan telah melawat Hong Kong, pusat kewangan dan masakan antarabangsa, Shanghai, metropolitan perdagangan, Beijing, pusat politik dan kebudayaan China, Lanzhou dan Xian, kedua-dua kota yang bersejarah lama yang mempunyai banyak tinggalan budaya dan lain-lain.

Setelah mengunjungi begitu banyak tempat, Wen Shuangfu tidak boleh melupakan Yangsuo, pekan kecil di bahagian selatan China.
Yangsuo yang terletak di luar bandar Guilin, Wilayah Autonomi Guangxi China mempunyai pemandangan bukit dan sungai yang indah, wajar pekan kuno yang dilindungi dengan baik dan pemandangan perkampungan yang harmoni. Semua kesan ini sama dengan yang dibayangkan oleh Wen Shuangfu mengenai China kuno. Beliau memutuskan untuk tinggal di sana.
1 2 3
|