v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Saudara Kembar Peranis yang Tinggal di Yangsuo China

2008-01-15 11:40:03 CRI


Wen Shuangfu berkata: "Saya berasa kehidupan di Perancis agak bosan. Saya tidak mengambil berat terhadap kehidupan yang selesa dan suka keistimewaan. Saya berasa gembira setelah berpindah ke sini." Pada tahun 1993, Wen Shuangfu berpindah ke Yangsuo dan tidak meninggalkan lagi pekan itu.



Terdapat semakin ramai warga asing berpindah ke Yangsuo. Wen Shuangfu bercadang membuka sebuah restoran masakan Perancis di pekan itu. Sebagai pelabur asing, beliau dimanfaatkan dari pelbagai dasar keutamaan kerajaan China. Tidak lama selepas dibuka, Restoran Perancis Wen Shuangfu beroperasi dengan lancar. Dengan demikian, Wen Shuangfu mengajak adiknya Wen Shuanglu datang ke Yangsuo.

Wen Shuanglu berkata: "Abang saya meninggalkan Afrika lebih awal daripada saya. Kemudiannya, saya menanyakan abang mana akan pergi? Beliau memberitahu saya sudah berada di Yangsuo, satu tempat yang kecil di China yang pemandangannya indah sekali. Abang saya berkata saya harus datang ke sini untuk menyaksikan keindahannya."

Wen Shuanglu pernah bersama-sama dengan abangnya bertugas dalam tentera di Afrika. Selepas itu, beliau bertugas di satu syaraikat besar dan pendapatannya lumayan. Dari tahun 1995 hingga 1998, Wen Shuanglu pernah buat tiga kali mengunjungi China dan mendapat kesan yang berbeza-beza mengenai Yangsuo.

Wen Shuanglu berkata: "Saya mendapati Yangsuo agak mundur sewaktu pertama kali datang ke sini. Warga asing yang datang ke sini waktu itu tidak begitu kaya. Pada masa sekarang, terdapat ramai warga asing melancong ke sini. Mereka berkemampuan menginap di hotel berbintang empat atau lima. Ini memang satu perubahan yang besar."

Wen Shuanglu mendapat isyarat daripada para pelancong asing di Yangsuo iaitu negara China yang bersejarah lama sedang menjadi semakin dinamik dan menarik.

Dengan demikian, Wen Shuanglu juga ingin tinggal di Yangsuo. Beliau suka satu kompleks bangunan yang bersejarah lebih 300 tahun yang terletak di sebelah Restoran Perancis abangnya. Setelah disetujui oleh kerajaan tempatan, Wen Shuanglu melabur sejuta yuan RMB untuk mengambil bangunan itu membuka Hotel Hongfu.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |