v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kesan Nuttavudh Photisaro terhadap Bandar Guangzhou

2008-02-19 16:34:34 CRI

Setelah menyajikan muzik Thailand tersebut, saya akan memperkenalkan seorang diplomat Thailand yang bernama Nuttavudh Photisaro. Sebelum menyandang jawatan sebagai Ketua Konsul Thailand di Guangzhou pada masa sekarang, beliau pernah bertugas sebagai Duta Thailand di Kemboja. Nuttavudh Photisaro telah suka akan Bandar Guangzhou yang indah walaupun belum sampai setahun bekerja di China.

Pada suatu petang penghujung Disember 2007, wartawan CRI dating di tingkat 2 Hotel Taman Guangzhou, iaitu Pejabat Ketua Konsul Thailand di Guangzhou. Nuttavudh Photisaro baru mengakhiri sebuah sidang dan turut diwawancarai oleh wartawan CRI dengan ramah mesra. Beliau memakai sut yang berwarna kelabu, tali leher yang berwarna merah dan kaca mata yang lebar, rambutnya sudah putih-kelabu dan orangnya kelihatan bergaya.

Guangzhou, ibu kota Provinsi Guangdong yang agak maju ekonominya mempunyai iklim perniagaan yang baik. Nuttavudh Photisaro yang sudah tinggal di Guangzhou selama hampir setahun mendapat kesan yang mendalam tentang iklim perniagaan di bandar itu yang dalam pandangannya, tidak kalah pada mana pun bandar lain di dunia.

Nuttavudh Photisaro berkata: "Setiap orang penduduk Guangzhou bersaing dengan masa dan bekerja dengan rajin. Bandar itu dibanjiri peniaga yang perbualan mereka tidak dilepaskan dari urus niaga, baik tempahan mahupun promosi. Pusat membeli-belah dan perdagangan tersergam di kedua-dua tepi jalan yang dapat menyediakan barangan yang bermacam-macam seperti barangan kulit, perabot, peralatan tandas dan sebagainya."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |