v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kesan Nuttavudh Photisaro terhadap Bandar Guangzhou

2008-02-19 16:34:34 CRI

Nuttavudh Photisaro berkata: "Masakan China di Thailand hampir serupa dengan masakan Guangdong. Ramai orang China yang berasal dari Chaozhou dan Shantou telah membuka restoran masakan China di Thailand. Saya sukar melupakan pengalaman sewaktu saya buat pertama kali makan masakan Guangdong yang asli setelah tiba di Guangzhou. Selain itu, saya juga suka makanan ringan Guangdong dan bersedia merekemenkan makanan ringan Guangdong kepada orang Thailand. Saya yakin ia akan mendapat sambutan baik di Thailand."

Pada masa lapang, Nuttavudh Photisaro selalu membawa isteri dan anaknya makan di pelbagai restoran masakan Guangdong. Pada anggapannya, baik menemani isterinya mengecap masakan sedap mahupun menemaninya membeli-belah, pengalaman itu amat selesa.

Beliau berkata: "Kami selalu pergi ke Jalan Shanxi, tempat belanja yang sering dibanjiri pelanggan tempatan untuk membeli pakaian, pergi ke Jalan Beijing yang agak ramai pelancong luar untuk membeli cederamata, pergi ke Jalan Yide untuk membeli oleh-oleh dan pergi ke Pusat Elektronik Haiyin untuk membeli peralatan elektronik serta produk digital. Saya amat menikmati pengalaman membei-belah di Guangzhou yang sering tawar-menawar. Rasanya seronok!"

Nuttavudh Photisaro memberitahu wartawan CRI bahawa walalupun tidak sampai setahun bertugas di China, beliau sebenarnya sudah lama menumpukan perhatian terhadap China. Kerana China mempunyai pengaruh yang semakin penting di arena antarabangsa, orang Thailand menumpukan perhatian yang semakin besar terhadap negara ini.

Pada masa dahulu, pihak media Thailand selalu memetikkan berita dari AP, Reuters, atau AFP apabila membuat liputan tentang China. Pada masa ini, pihak media Thailand mengambil berat terhadap laporan tentang China dan membuat liputan yang semakin terperinci. Mereka masih mengupah sejumlah pemberita yang fasih bahasa Mandarin.

Nuttavudh Photisaro berkata: "Mislanya, Kumpulan Media akhbar "Manager Daily" Thailand telah mengupah sejumlah pemberita yang fasih bahasa Mandarin. Mereka bertanggungjawab mengkaji dan menterjemah maklumat daripada China dan membuka kolum khas tentang China."

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |