v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kesan Nuttavudh Photisaro terhadap Bandar Guangzhou

2008-02-19 16:34:34 CRI

Nuttavudh Photisaro memperkenalkan bahawa kerana dekat dengan Thailand, Provinsi Guangdong China sentaisa mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan Thailand dan merupakan rakan perdagangan yang penting bagi negara itu. Beliau berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi pesat Guangdong dapat mendorong perkembangan ekonomi dan perdagangan Thailand.

Nuttavudh Photisarob berkata: "Provinsi Guangdong berhampiran dengan Thailand dan terdapat ramai orang Cina Thaialnd yang berasal dari kawasan Shantou dan Chaozhou, Provinsi Guangdong serta kawasan Wenchang, Provinsi Hainan. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Thailand dengan Guangdong amat rapat berbanding provinsi lain di China."

Semasa bertugas di Guangdong, Nuttavudh Photisaro telah mengunjungi pelbagai bandar seperti Shenzhen dan Dongguan dan terkagum akan perkembangan industri tempatan yang maju serta industri sains dan teknologi tinggi. Beliau sukar membayangkan kawasan maju tersebut adalah kawasan kampung yang mundur pada puluhan tahun yang lalu. Guangdong telah mencapai kejayaan besar dalam proses peralihan dari sistem ekonomi rancangan ke sistem ekonomi pasaran dan dapat menyediakan banyak pengalaman kepada Thaialnd.

Selain pengalaman pembangunan ekonomi, Nuttavudh Photisaro berhasat merekemenkan masakan Guangdong kepada rakyat Thailand. Masakan Guangdong merupakan sebuah dari empat jenis masakan utama di China dan terkenal dengan lauk-pauk yang sedap dan beraneka ragam rupanya. Nuttavudh Photisaro memberitahu wartawan CRI bahawa beliau selalu menikmati masakan China di restoran China semasa bekerja di Thailand dan lebih-lebih suka masakan Guangdong.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |