v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tiga Orang Warga Asing Muda yang Ceria Bertugas di China

2008-03-18 11:32:19 CRI

Syarikat Sains dan Teknologi Jinfeng Bhd. yang beroperasi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di bahagian barat China menjalankan urus niaga tentang pengajian, penerokaan dan pengeluaran generator tenaga elektrik dengan tenaga angin.

Di kalangan pekerjanya, ada tiga orang warga asing muda bertugas di syarikat tersebut. Mereka ialah Ungaro Florence, Erik de Vrij dan Harmen Krediet.

Ungaro Florence, warga Perancis, berkelulusan ijazah sarjana muda dalam jurusan elektrik. Beliau berkata, disebabkan minat yang mendalam terhadap kebudayaan China sejak kecil, pada tahun 2003, Ungaro Florence memutuskan mengikuti latihan di Beijing dan seterusnya bertugas di bandar ini.

Beliau berkata: "Sejak kecil, saya sangat berminat terhadap China, negara istimewa dengan sejarahnya yang lama dan warisan kebudayaannya yang melimpah. Pada saya, perkataan dalam bahasa Mandarin sangat menarik. Saya ingin bekerja dan berhijrah ke China setelah menamatkan pengajian dari universiti. Pada 2003 lalu, saya merasa bertuah dapat melanjutkan pengajian di Beijing selama 6 bulan. Pada waktu itu, saya sudah tertarik dengan China dan bercita-cita mahu kembali ke negara ini. Tetapi, malangnya tiada peluang untuk saya kembali ke negara ini selepas tamat pengajian itu, maka saya bekerja di Perancis."

Bagaimanapun, dalam tempoh bekerja di Perancis selama dua tahun kemudiannya, Ungaro Florence selalu menumpukan perhatian terhadap maklumat pekerjaan di China dan mengharapkan mendapat peluang bekerja di sana. Pada suatu ketika, Ungaro Florence bertemu dengan rakannya lalu diperkenalkan dengan syarikat sains itu. Beliau kemudian berhijrah ke Bandar Urumqi, ibukota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China untuk bertugas di Syarikat Sains dan Teknologi Jinfeng Bhd..

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |