Feng Yun, seorang petugas Syarikat Sains dan Teknologi Jinfeng Bhd., bertanggungjawab mengatur aktiviti kebajikan dan komunikasi antara pekerja China dengan pekerja asing. Kegiatan itu merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua belah pihak.
Beliau berkata: "Pada masa lapang, pekerja asing bersama kami menyertai aktiviti seperti melancong dengan memandu kereta dan mendaki gunung. Kami juga berski pada musim salji. Pihak syarikat kami memberi perhatian dan menjaga kebajikan mereka supaya tidak janggal bekerja di sini. Staf kami juga selalu berbual-bual dan ambil tahu masalah mereka. Menurut maklumat yang diterima daripada pekerja asing itu, mereka menikmati kehidupan yang agak selesa di sini dan gembira dengan masakan yang beraneka ragam, baik masakan tradisional Xinjiang mahupun masakan barat."

Ungaro Florence gemar melancong. Sewaktu bertugas di Urumqi, beliau selalu melancung dengan teman pada masa lapang.
Ungaro Florence berkata: "Saya telah mengunjungi Gunung Tianshan, Gunung Nanshan dan Tulpan. Pemandangan Xinjiang indah sekali. Saya merancang akan melancung ke padang pasir Taklamakan dan Tasik Kanas yang pemandangannya bukan main indah."
Seorang lagi warga asing, teman sekerja Florence, warga Belanda, Harmen Krediet. Seperti Ungaro Florence, Harmen Krediet berhijrah ke China seorang diri.
Beliau berkata: "Banyak peluang latihan disediakan menerusi laman sesawang universiti saya. Maklumat baru yang berkaitan dipapar setiap minggu. Saya memperoleh maklumat tentang Syarikat Jinfeng menerusi laman sesawang tersebut."
Harmen Krediet telah bertugas di Syarikat Sains dan Teknologi Jinfeng Bhd. lebih tiga bulan dan tempoh latihannya akan berakhir.
Ketika ditanya apa yang paling sukar dilupakan ketika bertugas di Xinjiang, Harmen Krediet memberitahu wartawan CRI, makanan ringan Xinjiang.
Beliau berkata: "Masakan China paling digemari dan sukar lupakan. Masakan di sini berbeza dengan yang di tempat lain di China, kerana ia bukan sahaja dipengaruhi oleh China, tetapi juga dipengaruhi oleh negara-negara jiran seperti Khazakstan. Jadi makanan ringan Xinjiang mempunyai keistimewaan."
Teman sekampung halaman Harmen Krediet, Erik de Vrij mempunyai impian yang sama. Beliau pernah bertugas di satu syarikat pengangkutan laut di Belanda sebelum berhijrah ke China untuk menyandang jawatan sebagai pengurus bahagian urus niaga antarabangsa di Syarikat Jinfeng Bhd..
Beliau berkata: "Saya memilih syarikat Jinfeng disebabkan China mempunyai pasaran yang berkembang pesat. Saya pernah bertugas sebagai penganalisis dalam satu syarikat di Eropah dan mengetahui banyak hal yang berlaku di China yang ekonominya berkembang pesat. Saya berminat terhadap China dan jurusan saya sesuai dengan pekerjaan di syarikat Jinfeng, maka itulah saya mahu menjadi pekerja dalam syarikat ini."
----DAZHONG 1 2 3
|