v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tiga Orang Warga Asing Muda yang Ceria Bertugas di China

2008-03-18 11:32:19 CRI

Ungaro Florence berkata : "Oleh kerana saya suka negara ini, saya meletakkan jawatan di Perancis dan mencuba nasib di China. Saya datang ke China dan menyertai temu duga. Seorang teman memperkenalkan kepada saya tentang satu syarikat China yang melakukan urus niaga penjanaan tenaga elektrik dengan tenaga angin. Saya berasa usaha itu sangat menarik dan turut menyertai temu duga di beberapa bandar seperti Beijing, Urumqi dan Guangzhou. Akhirnya saya berjaya mendapat kerja di Syarikat Jinfeng di Urumqi yang saya paling suka."

Ungaro Folrence berpendapat bahawa beliau membuat keputusan tersebut disebabkan kasihnya terhadap China dan minatnya terhadap industri perlindungan alam sekitar.

Beliau berkata: "Seiring dengan perkembangan pesat, perindustrian China memerlukan semakin banyak sumber tenaga. Saya berpendapat bahawa sumber tenaga yang sesuai digunakan pada masa yang akan datang, bukanlah arang batu, petroleum atau gas asli. Saya berminat terhadap tenaga angin yang tidak melepaskan pencemaran dalam proses penjanaan tenaga elektrik."

Setelah tiba di Xinjiang, Ungaro Florence berminat mempelajari bahasa Uygur disebabkan kebudayaan etnik minoriti tersebut yang unik dan menarik perhatian.

Beliau berkata: "Xinjiang mempunyai banyak etnik minoriti seperti Uygur, Tajik dan Kazak. Saya ingin mempelajari bahasa Uygur kerana ia amat berguna jika saya bercadang untuk bertugas lama di tempat ini. Selain itu, penduduk etnik Uygur suka mengajar orang etnik lain tentang bahasa mereka. Saya mengharapkan komunikasi dengan penduduk tempatan dipermudahkan."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |