v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Ma Junjie, Penasihat Psikologi A.S. yang Buka Klinik di Hangzhou China

2008-03-25 15:46:17 CRI

Rundingan psikologi sudah menjadi popular di banyak negara Eropah dan A.S.. Ia masih baru berkembang di China. Orang ramai merasa pelik terhadap perkhidmatan itu. Di bandar Hangzhou yang terletak di kawasan pantai di bahagian timur China, seorang doktor psikologi A.S., Ma Junjie bersama temannya membuka sebuah klinik psikologi. Klinik itu sudah beroperasi selama beberapa tahun dan mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan.

Ma Junjie, warga A.S. yang nama sebenarnyaMatt Marko. Klinik yang dibukanya disebut "Pusat Konsultansi Perkhidmatan dan Perubatan Psikologi Penuh Neosis" terletak di pusat bandar Hangzhou.

Pada tahun 2002, Matt Marko buat pertama kali melawat China melalui satu projek pertukaran pengubatan.

Beliau berkata: "Saya melawat China sebab saya berminat terhadap kebudayaan negara ini. Walaunpun pernah mengikuti latihan tentang rawatan perubatan psikologi berdasarkan kepelbagaian kebudayaan sebelum melawat China, saya ingin memperoleh bahan terus dari sumber asal. Setelah lama tinggal di sini, saya mendapat hasil yang semakin banyak. Saya berasa negara ini memerlukan ramai doktor psikologi."

Setelah projek pertukaran itu berakhir, Matt Marko balik ke A.S.. Tanpa dijangka, beliau mendapat E-mail daripada ramai teman China yang mengajaknya bekerja di China. Matt Marko terharu dengan undangan tersebut. Memandangkan industri konsultansi psikologi agak baru di China, beliau memutuskan meletakkan jawatannya di A.S. dan berhijrah ke China pada tahun 2003.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |