Sikap mesra dan bersabar sewaktu merawat pesakit mempengaruhi teman sekerjanya. Seorang doktor yang sedang menjalani latihan di klinik Ma Junjie, Yang Lin amat menghargai keupayaan dan sikap kerja doktor itu. walaupun beliau hanya bertugas di kliniknya beberapa minggu.
Yang Lin berkata: "Saya mendapati Ma Junjie seorang amat penyabar terhadap pesakitnya. Sewaktu saya mengikutnya, banyak yang saya pelajari semasa membantunya menangani rawatan perubatan. Beliau menjelaskan dengan teliti setiap isyaratnya dan mencurahkan segala pengetahuan sepanjang mengajar saya. Saya telah menguasai banyak kaedah rawatan perubatan melalui pengajarannya."

Ma Junjie menjelaskan bahawa kemuraman merupakan penyakit yang paling biasa yang dikesan daripada pesakitnya. Penyakit itu ditentukan oleh gen atau ditimbulkan oleh tekanan psikologi yang terlalu berat. Keadaan ekonomi negara yang berkembang pesat pada masa ini sehingga menyebabkan persaingan sosial menjadi semakin sengit. Penyakit kemuraman dianggap sebagai penyakit psikologi yang biasa, bukan yang teruk. Cara penyelesaiannya agak ringkas sekiranya pesakit bersikap ihklas mengenai dirinya dalam menghadapi keadaan sebenar yang dilaluinya.
Ma Junjie berkata: "Kami memberikan pemeriksaan dan penilaian kepada pesakit bagi memastikan masalah yang mereka lalui. Setelah penyakit itu dikesan, saya akan menetapkan cara rawatan perubatan yang berlainan untuk pesakit yang berlainan. Kadang-kadang, saya menggunakan ubat dalam rawatan perubatan, tetapi dalam kebanyakan kes, saya menggunakan cara rawatan campuran yang mengutamakan rundingan dan rawatan."

Ma Junjie memberitahu wartawan CRI, beliau gembira kerana 95% pesakit yang menerima rawatan perubatan di kliniknya telah sembuh dan berjaya menyakinkan dan mereka bersikap optimis terhadap kehidupan.
Sewaktu baru tiba di China, Ma Junjie masih bujang. Beliau berkenalan dengan Xu Huimin dan berkahwin. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang comel.
Guo Wentao, penterjemah Ma Junjie, memberitahu wartawan CRI bahawa Ma Junjie amat menyayangi anak perempuannya malah menganggapnya lebih penting daripada pekerjaannya.
Guo Wentao berkata: "Kadang-kadang, beliau mengetepikan urusan klinik untuk menjaga anak. Apabila anaknya sakit, beliau bangun pada pukul 5:00 atau 6:00 dan membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan."
Setelah berkeluarga di China, Ma Junjie sudah berjaya menyesuaikan diri dalam masyarakat China. Beliau berminat terhadap kebudayaan tradisional China dan menganggap pengajian terhadap perkembangan kebudayaan China yang bersejarah lima ribu tahun amat bermakna.
Beliau berkata: "Saya amat suka bangunan China yang bercirikan timur. Saya berasa menarik dalam mengkaji struktur bangunan itu. Legenda yang diturunkan dalam kalangan rakyat juga menarik."

----DAZHONG 1 2 3
|